Pamer Kenaikan, EUR/USD Menuju Zon Resistance 1.19000

585

US dolar bergerak lemah pada awal minggu ini selepas menyambung penurunan pada penghujung minggu lalu.

Sebelumnya, US dolar telah pamerkan pengukuhan walaupun mata wang safe-haven yang lain susut berikutan sentimen risk-on pasaran yang dipengaruhi oleh laporan positif perkembangan vaksin.

Suasana di Amerika Syarikat (AS) masih dalam keadaan yang membimbangkan dengan kes jangkitan Coroanvirus yang masih tinggi. Pada Jumaat, ekonomi terbesar dunia itu melaporkan lebih 184,000 kes jangkitan baru untuk tempoh 24 jam.

Beberapa negeri di AS telah mengumumkan langkah membendung pandemik dengan sekatan dan ‘lockdown’.

Di Eropah, situasi tidak jauh berbeza dengan sistem kesihatan semakin dalam tekanan. Kes jangkitan kekal tinggi di kawasan-kawasan ekonomi utama Eropah.

Mata wang Euro bergerak perlahan pada minggu lalu khususnya berbanding US dolar yang menampilkan prestasi yang lebih baik.

Pada carta harga pasangan EUR/USD, trend menurun harga pada awal minggu lalu mula menunjukkan perubahan di penghujung minggu sehingga bersambung pada pembukaan pasaran hari ini.

Harga yang bergerak di atas zon 1.18000 dan juga paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat trend bullish untuk minggu ini.

Harga dilihat akan membuat kenaikan menuju zon resistance 1.19000 yang telah diuji pada Isnin minggu lalu sebelum harga pamer penurunan semula.

Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut bakal mencatatkan paras tertinggi terbaru 3 bulan dan boleh mencecah ke paras 1.20000.

Sebaliknya jika harga kembali menjunam di bawah paras 1.18000 semula, paras sokongan harga dilihat berada pada 1.17200 sebelum harga yang turun lebih rendah akan menguji zon RBS (resistance become support) 1.16800.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat