Panas! Elon Musk Umum SpaceX Juga Memiliki Bitcoin

1,379

Seperti diketahui ramai, Tesla telah membeli Bitcoin dengan nilai sebanyak $1.5 bilion pada awal tahun ini dan mencetuskan kenaikan yang agresif pada harga Bitcoin.

Ketika ditemu bual di “The ₿ Word”, Elon Musk mendedahkan kepada umum bahawa SpaceX juga memiliki Bitcoin namun nilai dan kuantitinya masih lagi dirahsiakan.

Musk tidak mengumumkan secara terperinci mengenai pembelian Bitcoin oleh SpaceX selain hanya mengatakan:

“Saya memiliki Bitcoin, Tesla memiliki Bitcoin, SpaceX memiliki Bitcoin dan tentu saja saya memiliki sedikit Ethereum dan Dogecoin.”

“Kami tidak ada menjual sebarang Bitcoin, saya juga tidak menjual sesuatu secara peribadi dan SpaceX juga,” tambahnya.

Susulan daripada itu, harga Bitcoin ‘meroket’ daripada paras terendah $29,200 kepada paras tertinggi pada pergerakan hari ini sekitar $32,858.

Dalam perkhabaran terbaru, Tesla berkemungkinan bakal menerima semula urus niaga Bitcoin selepas peratusan tenaga bersih boleh diperbaharui yang digunakan untuk perlombongan meningkat.

Pengasas Coin Metrics, Nic Carter juga ada melontarkan kenyataan kepada CNBC bahawa asas-asas BTC dilihat semakin baik daripada segi kesinambungan.

Kenyataan itu juga telah mengesahkan spekulasi oleh Anthony Scaramucci menerusi kenyataan daripada ciapan Twitter Scaramucci pada pertengahan Mac lalu.

Ketika penulisan harga BTC terus pamerkan lonjakan melebihi 7% dalam 24 jam untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $32,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat