Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 1 – 5 Feb 2016

44

Bulan Januari dan minggu lepas berakhir dengan turun naik pasaran yang mengujakan. Adakah ianya akan berterusan pada bulan Februari? Keputusan kadar di Australia dan UK, data Pekerjaan dari New Zealand, Kanada dan Amerika Syarikat, termasuk yang ditunggu-tunggu NFP Amerika Syarikat adalah tonggak berita ekonomi yang dilihat bakal menggerakkan pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

Minggu lepas Federal Reserve AS mengakui pada akhir mesyuarat FOMC, bahawa ekonomi AS hilang momentum pada bulan terakhir tahun 2015, walaupun terdapat pertumbuhan yang berterusan dalam pasaran buruh. Feds tidak menukar rancangan untuk terus menaikkan kadar pada 2016, tetapi menyejukkan spekulasi kenaikan kadar dalam masa terdekat.

Kejatuhan harga minyak dan pasaran global yang lemah terus-menerus merisaukan Feds. Ramai ahli ekonomi percaya yang ianya tidak realistik untuk mengharapkan empat kali kenaikan kadar pada 2016, seperti yang dirancangkan oleh Federal Reserve AS. Apa pendapat anda?

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Isnin, 9: 45 Pagi

Caixin Manufacturing PMI China:  Laporan bebas tentang ekonomi China menyebabkan kebimbangan pasaran dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kerana ia mencerminkan penguncupan. walaupun selepas meningkat daripada paras terendah. Skor daripada 48.1 mata dijangka mengikuti 48.2 mata yang dilihat pada bulan lalu.

Isnin, 11:00 Malam

ISM Manufacturing PMI AS:  PMI perkilangan AS terus menguncup pada bulan Disember selepas bacaan yang mengecewakan dengan 48.6 mata pada bulan sebelumnya. Ini adalah bacaan terendah sejak Julai 2009 dengan penurunan secara keseluruhan. Indeks Tempahan Baru meningkat 0.3 mata mencapai 49.2 mata. Indeks Pengeluaran naik kepada 49.8% daripada 49.2% pada bulan November. Indeks Pekerjaan menurun 3.2 mata kepada 48.1 mata. PMI pembuatan dijangka kekal pada 48.6 mata buat kali ini.

Selasa, 11:30 Pagi

Keputusan Kadar Australia:  Reserve Bank of Australia mengekalkan kadar tunai rasmi sebanyak 2.0% pada mesyuarat Disember lalu. Gabenor Glenn Stevens berkata terdapat peningkatan yang tertentu dalam ekonomi, tetapi prospek mungkin memerlukan pelonggaran monetari. Gabenor Stevens berkata beliau bersedia untuk mengurangkan kadar jika data ekonomi menjadi lebih teruk. Dengan angka inflasi yang melepasi jangkaan baru-baru ini, tiada penurunan kadar dijangkakan.

Selasa, 5:45 Pagi

Data pekerjaan NZ:  Pasaran pekerjaan New Zealand tidak disangka-sangka menguncup buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun pada suku ketiga 2015, terutamanya disebabkan oleh penurunan dalam pekerja sambilan. Kadar pekerjaan jatuh 0.4% selepas meningkat 0.3% pada suku tahun sebelumnya. Pakar ekonomi menjangkakan kadar pekerjaan berkembang 0.4% pada suku ketiga 2015. Tambahan pula, kadar pengangguran meningkat kepada 6% daripada 5.9% pada suku kedua. Ahli ekonomi menjangkakan pasaran buruh New Zealand berkembang sebanyak 0.8% manakala pengangguran dijangka akan meningkat kepada 6.1%.

Rabu, 9:15 Malam

ADP Non-Farm Payroll AS:  Pekerjaan sektor swasta AS meningkat sebanyak 257 ribu pekerjaan pada bulan Disember 2015 menurut laporan ADP. Bacaan menunjuk kepada kekuatan yang ketara dalam ekonomi dan diikuti pertambahan sebanyak 211 ribu pekerja pada bulan sebelumnya. Kekuatan pasaran buruh menunjukkan keadaan ekonomi AS kekal kukuh, dan boleh mendorong Federal Reserve AS untuk meningkatkan kadar pada bulan Mac. Sektor swasta AS dijangka mendapat 191 ribu pekerjaan pada bulan Januari.

Rabu, 11:00 Malam

ISM Non-Manufacturing PMI AS:  Sektor perkhidmatan AS berkembang kurang daripada yang dijangkakan pada bulan Disember, dengan kadar pertumbuhan paling perlahan dalam tempoh hampir dua tahun. Indeks PMI merosot kepada 55.3 mata daripada 55.9 mata pada bulan November, meleset dari ramalan pasaran untuk bacaan 56.0 mata. Indeks Tempahan Perkhidmatan Baru mencatatkan 58.2 mata, meningkat 0.7 mata; Indeks Guna Tenaga meningkat 0.7 mata kepada 55.7 mata, manakala Indeks Harga susut 0.6 mata daripada bulan November. Walau bagaimanapun, kebanyakan komen responden kekal positif mengenai keadaan perniagaan dan ekonomi secara keseluruhan. Aktiviti sektor perkhidmatan AS dijangka menurun kepada 55.2 mata.

Khamis, 8:00 Malam

Keputusan kadar UK:  Bank of England mengekalkan kadar pada bulan Januari, di tengah-tengah ketidaktentuan dalam pasaran global dan kejatuhan berterusan harga minyak yang terus memperlahankan inflasi dengan lebih jauh lagi. Hanya Ian McCafferty mengundi untuk kenaikan kadar kepada 0.75%. Ahli MPC percaya prospek kekal tidak berubah daripada ramalan ekonomi pada bulan November lalu. Tetapi minit mesyuarat juga menyatakan turun naik di pasaran kewangan, dan pasaran saham khususnya. Tambahan pula, MPC menekankan kejatuhan 40% dalam harga minyak yang teruk, akan menjejaskan pertumbuhan inflasi.

Khamis, 8:45 Malam

Ucapan Gabenor Bank of England:  Gabenor BoE Mark Carney akan berucap tentang Laporan inflasi, di London. Sebelum ini, Carney berkata bahawa Bank of England tidak boleh mula menaikkan kadar pada bulan-bulan akan datang, dengan menyatakan sebab keadaan yang lemah dalam ekonomi global dan pertumbuhan yang perlahan di UK. Beliau juga berkata, MPC akan memantau tanda-tanda kelembapan baru terhadap tekanan inflasi, sebelum menawarkan satu lagi pusingan pelonggaran dasar monetari.

Khamis, 9:30 Malam

Tuntutan Pengangguran AS:  Jumlah tuntutan rakyat Amerika Syarikat yang baru untuk bantuan pengangguran menurun minggu lepas, daripada paras enam bulan tertinggi sebanyak 294 ribu kepada 278 ribu, sekaligus mengesahkan kekuatan pasaran buruh AS. Ahli ekonomi meramalkan penurunan kepada 282 ribu pada minggu ini. Purata bergerak empat minggu adalah pada 23,750 di atas paras terendah 259,250, pasca kemelesetan dari Oktober lalu. Jumlah tuntutan baru dijangka mencecah 286 ribu pada minggu ini.

Jumaat, 9:30 Malam

Data Pekerjaan Kanada:  Pasaran buruh Kanada berkembang tanpa dijangka pada bulan Disember dengan menambah 22,800 pekerjaan, di tengah-tengah pertambahan yang besar dalam kerja-kerja sambilan. Bilangan pekerjaan sepenuh masa sebenarnya merosot pada bulan Disember sebanyak 6,400 manakala ekonomi menambah 29,200 pekerjaan sambilan. Sementara itu, kadar pengangguran kekal tidak berubah pada 7.1%. Gambaran keseluruhan adalah kurang menarik; yang menunjukkan pekerjaan di sektor swasta adalah lemah. Namun begitu, kadar pertumbuhan pekerjaan pada 2015 adalah sedikit lebih kuat daripada pada tahun 2014 dan 2013, apabila jumlah keseluruhan pekerjaan berkembang hanya 0.7% pada setiap tahun.

Non-Farm Payroll (NFP) AS:  NFP AS melonjak pada bulan Disember sebanyak 292 ribu berikutan 252 ribu pada bulan sebelumnya. Pengambilan pekerja baru mendapat rangsangan daripada cuaca musim panas dan kadar pengangguran kekal tidak berubah pada paras 7-1/2 tahun terendah sebanyak 5%. Data pekerjaan yang kukuh menunjukkan ekonomi mengekalkan pertumbuhan, manakala kelemahan baru-baru ini boleh dikaitkan dengan sektor pembuatan dan sektor yang berorientasikan eksport. NFP AS untuk bulan Oktober dan November telah disemak semula untuk menunjukkan 50 ribu lagi pekerjaan ditambah, daripada yang dilaporkan sebelum ini, sekaligus menambah nada keyakinan laporan itu. Sektor swasta AS dijangka berkembang sebanyak 192 ribu pada bulan Januari, manakala kadar pengangguran dijangka kekal pada kadar 5%.

Imbangan Perdagangan AS:  Defisit perdagangan AS menguncup pada bulan November ke paras sembilan bulan terendah sebanyak $42.4 bilion, kerana penurunan mendadak dalam import mengatasi penurunan dalam eksport. Walau bagaimanapun, gambaran keseluruhan menunjukkan kedua-dua eksport dan import kini jatuh, ekoran kekuatan nilai Dollar dan kelemahan dalam ekonomi global. Eksport jatuh 0.9% kepada $182.2 bilion, lebih daripada paras empat tahun terendah. Defisit perdagangan AS diramalkan menaik kepada $42.8 bilion pada bulan Disember.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat