Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 21 – 25 Mac 2016

42

Dollar AS terpukul dengan kenyataan Federal Reserve AS yang sangat ‘dovish’. Adakah Dollar akan terus jatuh? Data inflasi dari UK, tempahan barangan tahan lama dan data KDNK (GDP) AS adalah antara pemacu utama pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

FOMC mengekalkan kadar penanda arasnya tidak berubah dalam julat 0.25% hingga 0.50%, sejajar dengan unjuran pasaran. Feds AS mengumumkan bahawa ia bercadang untuk menaikkan kadar hanya dua kali tahun ini dan menurunkan tinjauan ekonominya.

Walau bagaimanapun Pengerusi Feds Yellen berkata, adalah lebih baik untuk menaikkan kadar dengan cepat jika ekonomi berkembang, daripada menunggu dan mengurangkan kadar apabila ekonomi mula melemah. Yellen juga menyatakan bahawa Feds tidak mempertimbangkan kadar negatif dan keadaan kewangan telah kembali stabil selepas permulaan 2016 yang lemah. Adakah trend pertumbuhan akan berterusan?

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Selasa, 5:00 Petang

IFO Iklim Perniagaan Jerman:  Sentimen pengeluar Jerman menurun pada bulan Februari kepada 105.7 mata daripada 107.3 mata yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, terkesan dari kelembapan di negara-negara membangun. Majoriti responden adalah negatif mengenai prospek masa depan perniagaan, terutamanya dalam sektor pembuatan. Iklim perniagaan Jerman dijangka meningkat kepada 106.1 pada kali ini.

Selasa, 5:30 Petang

Data Inflasi UK:  Inflasi UK melonjak sehingga kadar tertinggi untuk setahun pada bulan Januari, di tengah-tengah kenaikan dalam harga alkohol dan pakaian. Harga pengguna meningkat 0.3% daripada 0.2% pada bulan Disember, sejajar dengan unjuran pasaran. Walau bagaimanapun, Bank of England (BoE) menjangka inflasi kekal rendah di bawah sasaran 2% kerajaan. Harga minyak yang lemah menghadkan kenaikan inflasi, menjadikan BoE tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar di atas paras 0.5%. BoE meramalkan kadar inflasi 0.5% pada musim panas, namun ahli ekonomi menjangkakan inflasi yang lebih rendah pada tahun ini. Penganalisis meramalkan CPI akan berkembang 0.4% pada bulan Februari.

Selasa, 6:00 Petang

ZEW Sentimen Ekonomi Jerman:  Sentimen pelabur Jerman jatuh pada bulan Februari, mencapai paras terendah sejak Oktober 2014, di tengah-tengah kelembapan ekonomi global dan ketidaktentuan yang semakin meningkat akibat kejatuhan berterusan harga minyak. Institut ekonomi ZEW mencatatkan keyakinan pelabur Jerman pada 1.0 mata selepas 10.2 mata pada bulan sebelumnya. Ahli ekonomi menjangkakan bacaan yang lebih buruk iaitu 0.1 mata. Walaupun harga minyak menurun, bank pusat berkata harga tenaga yang murah menyumbang kepada aktiviti ekonomi dalam negeri. Sentimen pelabur Jerman dijangka mencecah 6.3 mata pada bulan Mac.

Rabu, 10:30 Malam

Inventori Minyak AS:  Stok minyak mentah AS meningkat minggu lalu ke paras tertinggi selama lima minggu berterusan apabila inventori petrol menurun di tengah-tengah permintaan yang kukuh. Inventori meningkat 1.3 juta tong jauh lebih rendah daripada peningkatan 3.4 juta tong yang diharapkan oleh penganalisis. Permintaan petrol sejak empat minggu lalu meningkat 6.4% berbanding tahun lalu, pada 9.4 juta tong sehari.

Khamis, 8:30 Malam

Tempahan Barang Tahan Lama AS:  Tempahan untuk barangan tahan lama AS melonjak 4.9% pada bulan Januari – kenaikan terbesar dalam tempoh 10 bulan – walaupun pelaburan perniagaan semakin lemah. Bacaan tersebut datang selepas penguncupan yang disemak 4.6% pada bulan sebelumnya. Ahli ekonomi percaya kenaikan adalah bukan sementara, tetapi trend yang berterusan. Penganalisis menjangka kenaikan yang lebih kecil sebanyak 3.0%. Tempahan meningkat secara menyeluruh; dengan tempahan pesawat meningkat 11.5%, tempahan untuk kereta baru dan trak meningkat 3%. Tempahan teras – tidak termasuk pengangkutan – meningkat 1.8%, jauh lebih baik daripada 0.2% yang diharapkan oleh penganalisis.

Tuntutan Pengangguran AS:  Bilangan rakyat Amerika yang mengisi permohonan awal untuk bantuan pengangguran meningkat sebanyak 7 ribu kepada 265 ribu pada minggu lalu. Bacaan adalah selari dengan unjuran pasaran dan merupakan minggu ke-54 berturut-turut di mana tuntutan berada di bawah angka 300 ribu, sekaligus menunjukkan pasaran pekerjaan yang mantap. Purata bergerak empat minggu meningkat sebanyak 750 tuntutan kepada 268 ribu tuntutan.

Jumaat, 8:30 Malam

Data KDNK AS:  Ekonomi Amerika Syarikat berkembang pada kadar 2% yang lebih perlahan daripada pada mulanya diramalkan pada suku ketiga 2015. Feds tidak menjangka banyak peningkatan pada 2016, menganggarkan pertumbuhan dari 2.1% kepada 2.4%. Punca utama kelembapan adalah disebabkan oleh pengurangan inventori. Feds meramalkan ekonomi akan berkembang dengan pertambahan kerja yang kukuh dan pertumbuhan upah yang semakin meningkat.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat