Pandangan Mingguan Pasaran Emas Dunia (5-9 Disember)

45

Berikutan laporan data NFP yang dikeluarkan munggu lepas menggambarkan The Fed begitu pasti akan menaikkan kadar bulan ini, tetapi jangkaan kepada pelonggaran polisi pada 2017 akan mengurangkan potensi untuk penyusutan harga emas dan kadar kejatuhan akan menjadi perlahan.

Apa yang berlaku dalam zon Eropah terus diselubungi dengan sentimen terkini dari Itali berikutan perletakan jawatan oleh Mateo Renzi dan pengundian “tidak” terhadap perubahan perlambagaan Itali telah menolak harga emas ke atas pagi tadi.

Minggu lepas emas mencatatkan kejatuhan empat minggu berturut-turut walaupun kadar kejatuhan ini semakin perlahan. Harga emas dilihat memulih pada Jumaat di atas paras $1,170 berikutan ‘support’ yang ada di sekitar $1,160.

Jangkaan pertumbuhan ekonomi global yang dinamik,hasil-bon (bond-yields), tren kenaikan US dolar dan ‘risk appetite’ akan terus mendominasi komoditi emas dalam minggu ini.

Rekod data terbaru dari COT (commitment of trader) mencatatkan kejatuhan dalam jumlah pembelian emas non-commercial kepada 151,570 pada minggu terkini dari 167,085 minggu sebelum. Ini merupakan kejatuhan ketiga berturut-turut dan merupakan paras terendah sejak lewat Februari. Data ini akan terus mengurangkan risiko kecairan posisi berlebihan (aggressive position liquidation).

Terdapat penjualan emas yang berterusan di pasaran Exchange Traded Funds (ETF) sejak beberapa bulan lepas disebabkan keyakinan yang semakin kurang dan juga data dalam SPDR Gold Trust akan terus mempengaruhi harga komoditi ini.

Referendum Itali ini sudah dijangka akan memberikan impak yang penting kepada sentimen pasaran dengan perhatian kepada risk-appetite yang akan mempengaruhi harga emas.

Itali yang telah mengundi ‘tidak’ bagi reformasi perlembagaan akan menyebabkan risk appetite pada masa ini berkurangan yang akan meningkatkan kebimbangan dalam ekonomi Kesatuan Eropah.

Khamis ini mesyuarat ECB akan memberikan impak negatif kepada emas, jika terdapat komen dovish dari Draghi dan begitu juga sebaliknya.

Data-data ekonomi dari US akan diberikan perhatian teliti dengan jangkaan ekonomi US yang semakin baik meningkatkan potensi kenaikan kadar bulan ini.

Data ISM-manufacturing akan dikeluarkan malam ini dengan data Jobless claims pada Khamis dan indeks keyakinan pengguna pada hari Jumaat. Data yang kuat akan memberikan tekanan kepada hasil-bon (bond-yields) dan emas. Catatan yang kurang meyakinkan dalam data petunjuk ekonomi US akan mengurangkan kenaikan kadar pada 2017. Hal ini juga akan memberi impak positif kepada emas.

Data trade balance (imbangan perdagangan) China pada Khamis juga akan diberikan perhatian dimana data yang lemah akan mengurangkan mood risk appetite dalam pasaran yang akan menyokong harga emas. Dalam masa yang sama, kejatuhan mendadak dalam rizab matawang China akan meningkatkan permintaan terhadap emas. Rizab matawang asing China akan dikeluarkan pada Rabu.

Secara keseluruhan, perhatian masih lagi terarah kepada bakal Presiden US Donald Trump dengan pendirian-pendirian terkini beliau tentang masa depan ekonomi US.

Disember Merupakan Bulan Yang Agak Suram Buat Logam Kuning?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat