Pandangan Positif Oleh Gabenor Poloz Walaupun Dihimpit Risiko Inflasi

312

Gabenor Bank pusat Kanada, Stephen Poloz telah mengeluarkan pandangannya yang positif terhadap prospek ekonomi, dan dalam masa yang sama, beliau mengatakan kadar inflasi pada tahun ini akan meningkat melepasi paras sasaran bank pusat namun ia hanya bersifat sementara.

Pada ketika ini, unjuran inflasi oleh bank adalah pada paras 2 peratus, 2 tahun dari sekarang. Poloz mengatakan, pembuat polisi yakin bahawa mereka mempuyai model yang betul dan sebuah framework yang mampu membawa keputusan keputusan kadar faedah yang tepat.

” Berdasarkan ujuran bank yang dimiliki, kita memiliki kondisi monetari yang berada pada tempat yang sepatutnya, fakta bahawa inflasi meningkat melebihi paras 2 peratus pada ketika ini adalah disebabkan faktor yang sementara.” Kata Poloz pada komuniti.

Bank pusat membuat keputusan untuk mengekalkan kadar faedah pada 1.25% selepas naik 3 kali sejak Julai lalu dan dijangka akan ditingkatkan lagi ditengah peningkatan pertumbuhan upah dan inflasi. Pasaran kewangan menjangkakan akan terdapat lagi 1 atau 2 peningkatan kadar faedah pada tahun ini.

Menurut Poloz, pada ketika ini pembuat polisi sedang meneliti dengan saksama pertumbuhan upah. Bagi beliau, kadar upah akan meningkat berikutan peluang pekerjaan semakin meningkat dan akan menggalakan masyarakat untuk mendapatkan pekerjaan.

Poloz juga menyatakan jangkaan beliau bahawa pelaburan bisnes dan pertumbuhan eksport akan menyumbang lebih pada pertumbuhan ekonomi. Dimana sehingga sekarang, pertumbuhan ekonomi banyak diransang oleh perbelanjaan isirumah dan kerajaan.

Tamsilnya, Poloz menjangkakan bahawa kadar inflasi akan melebihi paras unjuran bank iaitu melebih 2% pada tahun 2018, namun beliau selesa dengan hal ini selagi trend ini masih stabil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat