Panjat 150 Pips, Terjun 130 Pips! GBP/USD Masih Kucar-Kacir

356

Gelora dagangan bagi mata wang Pound Sterling masih belum berakhir berikutan drama Brexit yang masih berlanjutan sehingga ke minggu ini.

Pada hujung minggu lalu, perkembangan rundingan Brexit yang memberi harapan terhadap pelabur telah memperlihatkan jurang perbezaan jarak pembukaan harga (gap) pada permulaan dagangan awal minggu sehingga 140 pips pada carta pasangan GBP/USD.

Selepas dilaporkan rundingan akan dilanjutkan, perkembangan terus positif selepas Ketua Perunding Brexit EU, Michel Barnier percaya bahawa kesepakatan akan dicapai dalam masa terdekat meskipun masih terdapat jurang pada isu perikanan.

Susulan tersebut, Pound didagangkan kukuh membuka tirai pasaran minggu dengan lonjakan harga sehingga 150 pips dari zon harga 1.33000 sehingga mencapai ketinggian lebih 1.34400 pada carta GBP/USD.

Namun pasaran kembali melihat harga menjunam semula pada sesi New York susulan pengumuman oleh Setiausaha Kesihatan UK, Matt Hancock bahawa London akan menjadi lokasi sekatan pergerakan tahap tinggi ekoran kadar jangkitan virus yang kritikal. Malah variasi baru virus turut dikenalpasti menambahkan lagi tekanan terhadap sistem kesihatan.

Penurunan harga juga turut didorong oleh pengukuhan semula US dolar sehingga menekan harga 130 pips kembali lebih rendah sebelum bergerak mendatar dah menutup dagangan sesi New York sekitar 1.33200.

Harga yang masih berada di atas paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam masih memberikan isyarat untuk trend bullish sementara pelabur masih meletakkan keyakinan terhadap perjanjian Brexit.

Namun berhati-hati sekiranya harga terus menjunam di bawah zon harga 1.33000 di mana akan mendorong penurunan lebih rendah harga menuju ke zon support di bawah paras 1.32000.

Sebaliknya jika sentimen Brexit kekal positif, kenaikan harga dilihat akan kembali melepasi menuju semula rintangan 1.34000 sebelum menguji paras ketinggian harga dicapai semalam.

Kenaikan lebih tinggi dilihat akan menuju ke zon resistance 1.35000 yang diuji harga pada dagangan minggu lalu sebelum harga membuat penurunan semula.

Sesi Eropah hari ini akan memberi tumpuan pada laporan data pekerjaan UK yang akan memberi kesan terhadap dagangan Pound di samping pelabur juga berwaspada menjelang keputusan mesyuarat bank pusat England pada Khamis ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat