Para Pelabur Diminta Bertenang, Emas Masih Suram Selepas Minit FOMC!

876

Logam berharga emas kekal didagangkan lemah pada paras terendah dua minggu susulan penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC.

Pada sesi Asia, spot emas dilihat suram pada $1,765 per auns, setelah jatuh lebih rendah pada $1,753 pada sesi sebelumnya. Niaga hadapan emas pula sedikit meningkat pada $1,780 per auns.

Minit mesyuarat yang diterbitkan menunjukkan bahawa Federal Reserve (Fed) akan terus mengetatkan dasar monetari sehingga inflasi berkurangan dengan ketara.

Walaupun begitu, kadar kenaikan dalam kadar faedah mungkin akan diperlahankan memandangkan Fed tidak memberikan panduan khusus untuk kenaikan pada masa hadapan kerana ia akan bergantung kepada data yang akan dikeluarkan.

Pemain pasaran kini menjangkakan kenaikan untuk 50 mata asas atau 75 mata pada mesyuarat polisi September. Pada mesyuarat polisi Julai, bank pusat itu telah meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas kepada 2.50%.

Meskipun dianggap sebagai lindung nilai kepada inflasi, namun logam kuning emas cenderung untuk menurun susulan kenaikan kadar faedah yang dilaksanakan oleh Fed.

Ekoran itu, emas kekal didagangkan suram berbanding US dolar dan hasil bon AS 10 tahun yang lebih tinggi pada sesi dagangan Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat