Para Pelabur Jangkakan Mark Carney Akan Turunkan Kadar Faedah Sebelum Bersara?

490

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Bloomberg, para pedagang dan pelabur menjangkakan bahawa tindakan terakhir yang akan dilakukan oleh Mark Carney sebagai Gabenor Bank Pusat England ialah dengan mengurangkan kadar faedah.

Penentuan harga pasaran menunjukkan pengurangan kadar sebanyak 25 mata asas yang dilakukan pada mesyuarat BOE Januari 2020. Mesyuarat tersebut adalah mesyuarat terakhir bagi Carney di pejabat pentadbiran UK. Jika ia dilakukan, kadar faedah akan berada pada paras 0.5% iaitu paras kadar yang sama beberapa tahun lalu.

Para pelabur dan pedagang juga menjangkakan kos kadar pinjaman akan diturunkan berikutan kebimbangan terhadap tindakan Perdana Menteri UK yang baru, Boris Johnson yang bertekad untuk mengeluarkan UK daripada Kesatuan Eropah tanpa kesepakatan pada bulan Oktober. Selain itu, beberapa bank pusat di seluruh dunia termasuk the Fed Amerika Syarikat telah mengambil keputusan untuk menurunkan kadar faedah sebagai tindak balas kepada ketegangan perdagangan dan prospek ekonomi yang suram.

Walaubagaimanapun sebahagian pakar ekonomi berpendapat bacaan penentuan harga pasaran (market pricing) sedikit aneh jika dibandingkan dengan arah tuju BOE yang rasmi. Jika Brexit berjalan dengan baik, kemungkinan diperlukan kenaikkan kadar faedah dengan had yang rendah. Jika tiada kesepakatan yang berlaku, tindak balas BOE boleh jadi dinaikkan kadar, diturunkan kadar ataupun ditetapkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat