Para Rakyat Amerika Syarikat Tarik Nafas Lega Selepas Pengumuman Mnuchin!

490

Pentadbiran Trump mengumumkan untuk meneruskan rundingan bantuan Covid-19 bersama pemimpin Demokrat dan akan menawarkan lebih banyak dana bantuan. Kini semua pihak sedang cuba untuk mencapai kompromi, kata Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin Isnin.

Walaubagaimanapun, Mnuchin enggan mengulas bilakah beliau dan ketua kakitangan Rumah Patih Mark Meadows akan memulakan semula perbincangan dengan Speaker Dewan Negara Nancy Pelosi dan Pemimpin Minoriti Senat Chuck Schumer setelah rundingan dihentikan pada hari Jumaat.

Namun para pemimpin Demokrat telah menyatakan kesediaan untuk berkompromi untuk meningkatkan jumlah dana untuk mengurangkan impak pandemik Covid-19 ke atas rakyat Amerika.

Setiausaha Perbendaharaan mengeluarkan kenyataan setelah Presiden Donald Trump menawarkan bantuan Covid-19 melalui perintah eksekutif pada hujung minggu. Para pegawai di Washington berpendapat bahawa tindakan presiden tersebut bukan satu kaedah tetap kerana skopnya terbatas dan masih dipersoalkan. Hanya undang-undang dari Kongres, yang boleh mengawal perbelanjaan persekutuan dan menetapkan jangka waktu.

Perintah eksekutif Trump tersebut akan menghulurkan bantuan ekonomi kepada penduduk Amerika Syarikat yang terjejas akibat COVID-19. Langkah itu diambil setelah pakej rangsangan bernilai 3 triliion dollar gagal mencapai kata sepakat anggota kongres.

Terkini kadar pengangguran di Amerika Syarikat telah melonjak kepada dua angka dan kebanyakan bantuan yang diterima berakhir bulan lalu. Janji Trump ialah bantuan tersebut dapat diedarkan dengan secepat mungkin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat