Parah! 19 Ahli Parlimen Indonesia Positif Covid-19!

291

Seramai 19 anggota Parlimen Indonesia telah disahkan positif Covid-19, bahkan republik itu mencatatkan sebanyak 3,492 kes jangkitan baru dalam tempoh 24 jam! Menurut Setiausaha Agung Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia, Indra Iskandar, terdapat seramai 42 kakitangan parlimen tersebut juga telah dijangkiti virus tersebut. Lebih parah lagi apabila wujud kebimbangan bahawa lebih banyak kakitangan di lokasi yang sama disahkan positif Covid-19.

Kali terakhir DPR Indonesia, yang mempunyai seramai 575 ahli itu telah bertemu pada 5 Oktober ketika meluluskan Undang-Undang Omnibus tentang Penciptaan Peluang Pekerjaan, yang juga menyebabkan protes diadakan di Jakarta dan beberapa bandar lain pada 8 Oktober oleh pihak yang menentang undang-undang tersebut.

Sementara itu, pada Jumaat yang lalu, ahli parlimen Parti Gerakan Indonesia Besar (Gerindra) Soepriyatno dikhabarkan telah meninggal dunia kerana Covid-19.

Berdasarkan data yang dikemukakan oleh Lembaga Nasional Indonesia untuk Pengurusan Bencana (BNPB) di laman twitter rasminya, keseluruhan kes positif di republik ini kini meningkat menjadi 336,716, kes jangkitan dengan jumlah kematian sebanyak 11,935 korban.

Di samping itu, wilayah Jakarta didakwa telah merekodkan jumlah kes positif tertinggi, iaitu 88,174, dengan penambahan sebanyak 1,211 kes positif baru dalam tempoh 24 jam.

Namun, Jakarta telah menguatkuasakan semula fasa pemulihan dengan menguatkuasakan sekatan sosial berskala besar (PSBB) selama 2 minggu mulai hari ini dengan beberapa aktiviti sosioekonomi dibenarkan untuk kembali beroperasi.

Menurut Gabenor Jakarta, Anies Baswedan, PSBB dikuatkuasakan kembali gara-gara kes positif harian terus meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat