Parah! AUD/USD Terbenam Untuk Catat Paras Terendah 4 Minggu

246

Mengkaji kepada carta harga pasangan matawang AUD/USD, harga telah pun menjunam melebihi 70 pips bermula pada sesi Eropah semalam (Selasa) sehingga lah ke penghujung sesi dagangan.

Dolar Aussie tampaknya gagal untuk memperoleh pengukuhan meskipun harga pengeluar China telah melonjak paling tinggi dalam 26 tahun yang disebabkan oleh kenaikan harga komoditi global.

Dalam pada itu, kenyataan dovish yang dilontarkan ketika mesyuarat polisi bank pusat Australia (RBA) pada sebelum ini secara tidak langsung telah mengundang tekanan kepada dolar Aussie.

Manakala matawang USD mendapat kelebihan untuk memapar penguasaan berbanding dolar Australia walaupun masih dibayangi oleh ketidaktentuan yang terjadi akibat penilaian bagi data-data tumpuan Federal Reserve (Fed) selepas keputusan pengetatan polisi pada mesyuarat FOMC lalu.

Junaman yang dipertonjolkan juga dilihat terus bersambung pada pembukaan sesi pasaran hari ini (Rabu) dan turut mencipta paras terendah terbaharu dalam tempoh masa 4 minggu sekitar 0.73530.

Pergerakan harga turut telah bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) untuk isyarat bearish dan sama sekali telah melenyapkan prestasi terbaik yang dicatatkan pada Oktober.

Keupayaan harga menembusi zon SBR (support become resistance) 0.74000 itu seperti memberi petunjuk kepada pelabur untuk harga mempersembahkan aksi terjunan ke zon sokongan 0.73000.

Jika diperhatikan zon sokongan itu adalah zon rintangan pada penghujung September sebelum berupaya diatasi pada awal Oktober untuk terus mencatat pendakian sehingga ke paras 0.75500.

Namun andai kata pergerakan harga kembali membuat lonjakan agresif, pertama kali zon SBR 0.74000 dijangka akan menjadi hala tuju yang terawal sebelum harga terus mendaki lebih tinggi.

Manakala paras sekitar 0.74600 mungkin diuji terlebih dahulu dan kebarangkalian harga bakal mencapai ke zon rintangan pada 0.75000.

Lihar gambar carta harga pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat