Parah! Binance Hentikan Deposit & Pengeluaran 10 Token Ini!

347

“Alamak, kenapa pula boleh jadi sampai macam ni?”

Bursa gergasi mata wang kripto Binance bakal menghentikan semua deposit dan pengeluaran untuk sepuluh token Multichain-bridged* yang sebelum ini merupakan sebahagian daripada penggantungan depositnya selepas transaksi tertentu pada protokol Multichain (MULTI) dibekukan pada bulan Mei 2023.

*Aplikasi decentralized yang membolehkan pemindahan aset dan maklumat antara blockchain berbeza

Sepuluh token itu disambungkan ke Binance Chain, Ethereum (ETH), Avalanche (AVAX) dan Fantom (FTM), tetapi para pengguna masih boleh menarik baliknya melalui rangkaian lain yang disokong oleh Binance.

Masalah yang menimpa bridge cross-chain Multichain bermula pada lewat musim bunga selepas pengguna membanjiri Telegram mereka dengan mengadu bahawa pemindahannya bukan sahaja tertunda malah tersekat.

Pada masa itu, terdapat khabar angin yang mengatakan pihak berkuasa China telah menahan beberapa eksekutif Multichain termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zhaojun tetapi beliau kemudiannya hilang dan sehingga kini masih menjadi misteri.

Susulan banyak berita negatif mengelilingi bridge cross-chain disebabkan kelemahannya, co-founder ETH Vitalik Buterin telah memberi amaran kepada pelabur untuk tidak bergantung pada bridge cross-chain sepenuhnya.

Hal ini kerana bridge cross-chain telah menjadi sasaran penggodam kripto termasuk protokol Multichain setelah beberapa penggodam mengambil $3 juta daripada Multichain pada awal tahun 2022, namun penggodam whitehat** bertindak memulangkan $900,000.

*Individu yang menggunakan kemahiran penggodaman untuk mengenal pasti kelemahan keselamatan dalam hardware, software atau rangkaian

Selepas serangan itu, Binance mengetuai pusingan pembiayaan $150 juta untuk membayar balik mangsa dan antara penyumbangnya adalah Animoca iaitu syarikat di sebalik game kripto The Sandbox dan firma modal teroka teknologi a16z.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat