Parah! Bursa Malaysia Kekurangan Pemangkin Pasaran

1,180

Bursa Malaysia diniagakan rendah pada sesi dagangan minggu ini berikutan kekurangan pemangkin pasaran dan seterusnya telah memacu indeks utama itu untuk mengekalkan trend penurunan.

Pada 10.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.64 mata kepada 1,537.87 setelah dibuka 0.89 mata lebih rendah pada 1,547.62 pagi ini.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 263 berbalas 154, manakala 306 kaunter tidak berubah, 1,553 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 220.87 juta unit bernilai RM111.02 juta.

Malacca Securities berkata bursa tempatan berkemungkinan bakal menyaksikan aktiviti buruan saham nilai rendah yang berpotensi di kala kes harian Covid-19 yang terus mempamerkan penurunan.

Dalam pada masa yang sama, pelabur sedang menantikan data kadar inflasi Malaysia yang mana ia dijangka bakal diterbitkan pada Jumaat ini.

Penurunan kes harian Covid-19 yang ketara juga secara tidak langsung memberi isyarat positif terhadap sektor pemulihan seperti pengguna, pelancongan dan pembinaan untuk terus peroleh tumpuan.

Meskipun sentimen pasaran lebih lemah, sektor teknologi tidak ketinggalan untuk diberikan tumpuan hangat oleh pelabur tempatan susulan minat belian pada sektor ini dilihat masih meningkat.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank dan Axiata masing-masing melonjak empat sen kepada RM8.29 dan RM3.95, manakala Petronas Chemicals dan IHH Healtcare masing-masing kekal pada RM7.94 dan RM6.70.

TNB pula meningkat dua sen kepada RM9.92, Public Bank merosot tiga sen kepada RM4.03 dan CIMB jatuh satu sen kepada RM4.81.

Bagi saham aktif, KNM meningkat satu sen kepada 27.5 sen, Emico menokok 1.5 sen kepada 68 sen dan Bioalpha naik setengah sen kepada 23 sen.

Di papan indeks, FBM 100 susut 31.63 mata kepada 11,028.23, FBM 70 jatuh 48.74 mata menjadi 14,958.55 dan FBM ACE turun 6.96 mata kepada 7,194.26.

Indeks FBM Emas turun 30.38 mata kepada 11,335.44 dan indeks FBM Emas Shariah merosot 32.93 mata kepada 12,381.21.

Mengikut sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 47.40 mata kepada 15,242.40, indeks Produk dan Perkhidmatan Industri susut 0.64 mata kepada 198.97 dan indeks Perladangan meningkat 12.22 mata menjadi 6,438.64.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat