Parah! Goodyear Dituduh Amalkan Buruh Paksa

1,532

Not so good year for Goodyear.

Penyiasat kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah menemu bual pekerja kilang Goodyear Tire & Rubber Co Malaysia tentang keadaan kerja mereka dan penyalahgunaan tenaga kerja oleh syarikat pembuat tayar tersebut.

Hasil temu bual oleh Department of Homeland Security boleh membawa kepada pendakwaan AS terhadap salah satu syarikat pembuat tayar terbesar di dunia yang sedang menghadapi tindakan undang-undang dan 2 penyiasatan berterusan oleh pengawal selia di Malaysia dan AS yang masing-masing meneliti mengenai potensi eksploitasi pekerja asing.

Menurut laporan dari Reuters, 5 pekerja dan bekas pekerja Goodyear telah di temu bual oleh ejen Homeland Security Investigations (HSI) berkenaan keadaan kerja dan hidup mereka, butiran kes mahkamah yang mereka failkan terhadap Goodyear, aduan polis yang mendakwa ancaman daripada kakitangan Goodyear dan kemalangan di tempat kerja.

Tambahnya lagi, dalam temu bual tersebut, ejen itu turut meminta dokumen berkaitan pekerjaan mereka.

Buat masa ini tiada sebarang komen teperinci dari HSI berkenaan penyiasatan tersebut.

Siasatan HSI tersebut dibuat ekoran 3 dakwaan yang difailkan oleh 185 pekerja asing dari Nepal, India dan Myanmar terhadap Goodyear Malaysia di mahkamah perindustrian negara pada 2019 dan 2020 yang mendakwa tidak dibayar gaji mengikut perjanjian kolektif , pemotongan yang salah dan ancaman terhadap pekerja asing.

Pada Jun 2020, mahkamah mengarahkan Goodyear membayar balik gaji kepada beberapa kerja dan mematuhi perjanjian tersebut dimana syarikat itu telah membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

Syarikat itu turut berhujar di mahkamah bahawa pekerja asing tidak berhak mendapat faedah perjanjian kolektif kerana mereka bukan ahli kesatuan.

Setakat ini Goodyear masih enggan mengulas tentang pertuduhan itu termasuk Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang memiliki 49% saham Goodyear.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat