Parah! Kenapa Bursa Kripto Ini Tiba-Tiba Henti Semua Pengeluarannya?

1,462

“Haih mesti ada buat salah ni, kalau tak macam mana boleh sampai macam ni.”

Kebimbangan di kalangan para pengguna berhubung keselamatan aset digitalnya tercetus apabila bursa mata wang kripto berpangkalan di Hong Kong BitForex menghentikan semua pengeluarannya selama tiga hari.

Didedahkan oleh pengawal blockchain ZachXBT, terdapat aliran keluar ketara $56.4 juta daripada hot wallet BitForex pada 23 Februari 2024, oleh itu kebimbangan mengenai potensi penyelewengan melibatkan bursa kripto itu telah timbul.

Menambah syak wasangka, BitForex masih belum menjawab sebarang soalan di pelbagai platform seperti X dan Telegram ditambah pula ia memegang sejumlah besar token Tellor (TRB) dan Ecomi (OMI) iaitu 18% serta 7% daripada jumlah bekalannya.

Sungguhpun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BitForex Jason Luo menyatakan keyakinannya terhadap pasukan kepimpinan baharu, keadaan pemergiannya hanya mencetuskan spekulasi susulan pengguna bukan sahaja sukar mengakses akaunnya atau login malah kehilangan aset pada dashboard.

Memang tidak dinafikan pentadbir dalam group Telegram BitForex mengaitkan isu itu dengan penyelenggaraan berterusan, tetapi pengguna melaporkan pentadbir telah tukar nama pengguna dan hentikan komunikasi sehingga sebabkan pengguna tidak dapat menghubungi sesiapa sahaja.

Pengguna lain juga didapati disekat daripada mengakses laman web syarikat susulan apabila seseorang cuba mengakses laman web rasmi BitForex, mereka akan menemui mesej pop-up yang menyatakan mereka disekat daripada mengakses tapak.

BitForex yang ditubuhkan pada 2018 telah dikenakan surat amaran daripada Agensi Perkhidmatan Kewangan Jepun pada tahun lepas susulan beroperasi di dalam negara tanpa pendaftaran betul serta melanggar undang-undang penyelesaian dana tempatan.

Sementara dasar pertukaran BitForex yang tidak mewajibkan penyediaan butiran Know Your Customer (KYC) untuk penciptaan akaun telah menimbulkan kebimbangan tambahan tentang potensi pengubahan wang haram dan aktiviti haram di platform.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat