Parah! KuCoin Pula Sekarang Ni Tengah Bermasalah?

212

Sungguh mengejutkan apabila syarikat exchanger kripto KuCoin, anak syarikat perniagaan digelar MEK Global Limited (MGL) didakwa oleh bank pusat Belanda atas kesalahan tidak mempunyai pendaftaran sewajarnya semasa beroperasi di negara tersebut.

Para pengguna KuCoin pula dilaporkan tidak melanggar undang-undang, tetapi berkemungkinan besar terlibat dalam pengubahan wang haram dan aktiviti penipuan, ulas De Nederlandsche Bank (DNB).

Walaupun KuCoin tidak mempunyai lesen di negara Amerika Syarikat (AS), syarikat tersebut dari segi jumlah dagangan adalah antara exchanger kripto terkemuka di dunia.

Suka dimaklumkan juga bahawa KuCoin yang melaksanakan yuran dagangan rendah berbanding syarikat lain telah memberikannya kelebihan sebagai syarikat yang memiliki bilangan pengguna tertinggi di 200 negara operasinya.

Sementara itu, KuCoin telah memeterai perjanjian bersama syarikat audit terkemuka, Mazars untuk melancarkan proof-of-reserves* yang mampu tingkatkan ketelusan ekosistemnya.

*Satu cara untuk mengesahkan bahawa institusi (cth., exchanger kripto) memegang rizab yang mencukupi untuk menyokong semua baki pelanggan.

Laporan yang dikeluarkan Mazars juga menyaksikan rizab mata wang kripto Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), USDT dan USDC Kucoin telah melebihi daripada cagaran dengan masing-masing pada 101%, 100%, 102% serta 101%.

Menurut Johnnya Lyu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KuCoin mengecap bahawa kerjasamanya dengan Mazars merupakan salah satu langkah mereka untuk memberi manfaat lagi kepada pengguna dengan kaedah yang efektif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat