Parah! Perbendaharaan AS Mahu Transaksi Kripto Dilaporkan Kepada IRS

5,165

Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dalam pengumuman terbaru memberitahu bahawa pihak kerajaan mahu mana-mana transaksi kripto yang bernilai $10,000 atau lebih dilaporkan kepada Internal Revenue Service (IRS).

Bukan itu sahaja, sama seperti transaksi tunai, mana-mana firma yang menerima aset kripto dengan nilai sama pasaran mencecah lebih $10,000 juga perlu melaporkan kepada IRS.

Perbendaharaan AS nampaknya tidak mahu ‘berlembut’ dengan sektor kripto, memperkenalkan undang-undang baharu kerana stigma negatif yang meningkat.

Dijangka undang-undang tersebut berkuatkuasa pada 2023, memberi ruang untuk pelabur kripto bersedia.

Sebelum ini Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen yang terkenal dengan skeptikalnya terhadap pasaran kripto beberapa kali mendakwa sektor ini terutama Bitcoin (BTC) mendorong kepada lonjakan aktiviti jenayah terutama penyelewengan wang dan pembiayaan pengganas.

Yellen juga pernah membuat u-turn, mendakwa matawang kripto memberi keuntungan kepada negara itu, termasuk negara-negara bersekutu kerana mampu menambahbaik sistem kewangan.

Harga Bitcoin menyaksikan penyusutan sebanyak 5% selepas khabar tersebut, menyelam ke bawah $40,000 untuk kali kedua pada tengah malam tadi.

Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $41,446, meningkat hampir 12% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat