Parah! Selepas FTX, Binance Mangsa Pendakwa Raya AS Seterusnya!

287

“Dunia ni banyak ujian, harapnya Binance bertabah la ye.”

Selepas krisis FTX, pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) kini mengalihkan perhatiannya kepada kes berkenaan syarikat gergasi exchanger mata wang kripto, Binance dengan firma hedge fund AS.

Dimaklumkan bahawa syarikat pelaburan yang mempunyai kaitan bersama Binance akan menerima sepina*, dimana mereka diarahkan untuk hadir ke mahkamah dan memberi butiran komunikasinya.

*Undang-undang surat yang meminta seseorang hadir untuk memberi keterangan sebagai saksi di mahkamah

Tindakan tersebut telah berlaku semasa Binance berada di bawah pengawasan ketat daripada media dan pihak berkuasa kawal selia atas kesalahan kaedah perniagaan dan kewangannya.

Meskipun begitu, sepina tersebut bukanlah bertujuan untuk mendakwa mana-mana pihak tetapi menyiasat dengan lebih teliti tentang kes itu yang mungkin akan mencapai penyelesaiannya, tegas pakar undang-undang.

Tambahnya lagi, Binance pada tahun lepas digelar hab penggodam, penipu dan pengedar dadah susulan pernah dikaitkan sebagai pasaran web gelap Rusia, Hydra.

Namun, Binance menafi dakwaan tersebut secara terbuka melalui pengeluaran kenyataan rasmi di akaun Twitter milik syarikatnya.

Menurut Patrick Hilmann, Ketua Pegawai Strategi Binance menyatakan bahawa walaupun syarikatnya sering berhubung dengan setiap pengawal selia di seluruh dunia, Binance sama sekali tidak akan memperincikan perkara itu semasa penyiasatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat