Parah! Three Arrows Capital Memilih Cairkan Kesemua Pegangan Staked Ethereum (StETH)!

666

Hedge fund kripto Three Arrows Capital dilaporkan telah mencairkan semua pegangan Staked Ethereum (stETH) dalam salah satu dompetnya pada hari Jumaat. Firma tersebut dikhabarkan berada dalam keadaan tersepit dimana akhirnya mereka memutuskan untuk mencairkan pegangan bagi membayar balik hutang dan pinjaman tertunggak.

Langkah ini dikhuatiri akan memberi impak buruk terhadap pasaran. Pasaran kripto berkemungkinan boleh jatuh semula yang akhirnya membawa kepada kecairan berbilion dolar.

Three Arrows Capital telah menukar 5500 stETH kepada 6.1 juta USDT semalam daripada salah satu dompet mereka. Selepas transaksi, alamat dompet mempunyai hampir 14,118 baki stETH

Walau bagaimanapun, pada 17 Jun, Three Arrows Capital mengambil keputusan untuk mencairkan kesemua 14,118 stETH untuk 13.5 juta USDT dalam dua transaksi. Berdasarkan data Etherscan, transaksi pertama melibatkan 7000 sETH untuk 6.86 juta USDT, dan transaksi kedua pula, 7118 stETH untuk 6.79 juta USDT.

Three Arrows Capital (3AC) telah mengugurkan stETH secara berterusan. Sebelum ini ramai yang berpandangan bahawa Celsius merupakan ‘dumper’ stETH terbesar, ternyata tidak kerana 3AC yang kini layak memegang gelaran tersebut. 3AC telah mengurangkan pegangan Ethereum serta stETH secara besar-besaran dalam 2 bulan lepas.

Bukan itu sahaja, beberapa syarikat, seperti BlockFi, telah mula menjual kedudukan mereka dalam Three Arrows Capital. Selain itu, beberapa syarikat yang berkaitan dengan 3AC mengalami masalah dalam operasi Sebagai contoh, Finblox, sebuah syarikat CeFi, telah menahan pengagihan ganjaran kerana turun naik 3AC.

Dengan $18 bilion di bahawa kendalian pengurusan, sebarang perkara malang yang menimpa Three Arrows Capital boleh menjadi malapetaka untuk pasaran kripto. Pengguna juga harus memerhatikan pegangan lain Three Arrows Capital seperti Bitcoin, Solana, Kusama, Avalanche, Polkadot, dan lain-lain. Jika kekangan kewangan semakin meningkat, maka kripto-kripto disebutkan berpotensi untuk dicairkan.
Harga stETH sekali lagi jatuh di bawah paras $1000 pada hari ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat