Pasaran AS Kekal Lemah, Gugat Bursa Malaysia Terus ‘Berdarah’

243

Perdagangan Bursa Malaysia terus suram apabila dibuka rendah hari ini susulan pemangkin pembelian yang dilihat berkurangan akibat rentetan prestasi saham AS yang kekal lemah.

Pada 9.57 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.86 mata menjadi 1,569.11 berbanding 1,575.97 semasa ditutup pada Jumaat.

Meneliti laporan yang dinyatakan oleh Bernama, indeks utama itu dibuka 2.19 mata lebih rendah kepada 1,573.78.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 303 daripada 196, manakala 361 kaunter tidak berubah, 1,398 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 528.99 juta unit bernilai RM238.53 juta.

Pada Jumaat, Wall Street ditutup rendah berikutan sentimen pelabur menjadi negatif selepas data Indeks Harga Pengeluar AS (PPI) catat kenaikan pada Ogos merangkumi 8.3% dari tahun ke tahun.

Menurut Rakuten Trade, prestasi Wall Street terus dipengaruhi oleh data pekerjaan yang lemah pada sebelum ini ditambah dengan kebimbangan mengenai varian Delta yang menggugat pemulihan ekonomi AS.

Firma penyelidikan itu juga menjangkakan bahawa bursa tempatan, KLCI berkemungkinan akan mengekalkan rentak correction dalam masa terdekat dek kerana aktiviti profit taking yang berterusan.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank dan Maxis masing-masing meningkat dua sen kepada RM8.31 dan RM4.68 manakala Public Bank menambah tiga sen menjadi RM4.05.

Petronas Chemicals dan TNB masing-masing jatuh dua sen kepada RM7.93 dan RM10.28.

Bagi saham aktif, KNM Group turun 2.5 sen kepada 27.5 sen, Tanco Holdings melonjak satu sen kepada 24.5 sen dan Emico Holdings naik tiga sen kepada 43 sen.

Di papan indeks, FBM 100 jatuh 29.84 mata kepada 11,182.48, FBM 70 meningkat 0.2 mata menjadi 15,044.13 dan FBM ACE melonjak 15.48 mata kepada 7,270.58.

FBM Emas turun 31.77 mata kepada 11,491.04 dan FBM Emas Shariah susut 26.57 mata kepada 12,587.63.

Mengikut sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan susut 24.81 mata kepada 15,365.36, indeks Produk dan Perkhidmatan Industri jatuh 0.39 mata kepada 200.51 dan indeks Perladangan susut 21.16 mata kepada 6,583.06.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat