Pasaran Aset Berisiko Tempatan ‘Runtuh’ Sebab US!

230

Bursa Malaysia kecundang awal minggu, mencerminkan prestasi lemah Wall Street dengan Federal Reserve (Fed) mengekalkan pendirian kenaikan kadar faedah yang agresif.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 2.77 mata pada 1,480.92 sebelum turun 5.62 mata pada 1,480.92 berbanding penutupan Jumaat pada 1,486.54.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 152 atasi kerugian pada 191, manakala 249 kaunter pula tidak berubah, 1,666 tidak didagangkan dan 67 digantung.

Jumlah perolehan pada 272.64 juta unit bernilai RM220.09 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pasaran aset berisiko mulai goyang pada hujung minggu dengan berita protes di China menggusarkan pelabur tatkala pasaran tempatan menantikan pembentukan ahli Kabinet termasuk Bajet 2023.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank turun 1 sen pada RM8.66, Public Bank Bhd hilang 4 sen pada RM4.48, Petronas Chemicals Group Bhd jatuh 20 sen pada RM8.88 dan IHH Healthcare Bhd susut 3 sen pada RM5.97 sementara CIMB Group Holdings Bhd naik 6 sen pada RM5.86 dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) tambah 7 sen pada RM8.85.

Saham aktif memperlihatkan MMAG Holdings Bhd kekal pada 3 sen dan Ta Win Holdings Bhd mendatar pada 7 sen, Advance Synergy Bhd turun 1 sen pada 19.5 sen sementara MQ Technology Bhd naik 1 sen pada lima sen dan Eden Inc Bhd tambah 0.5 sen pada 14.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas turun 34.40 mata pada 10,542.39, indeks FBMT 100 jatuh 36.21 mata pada 10,263.48, FBM ACE susut 15.75 mata pada 5,175.89, FBM 70 junam 33.32 mata pada 12,605.03 dan indeks FBM Emas Shariah kurang 33.97 mata pada 10,653.65.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan turun 29.79 mata pada 16,669.37, indeks Produk serta Perkhidmatan jatuh 1.47 mata pada 183.89, indeks Perladangan junam 7.01 mata pada 6,810.14 dan indeks Tenaga kuncup 9.52 mata pada 749.57.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat