Pasaran Belum Selamat, AUD/USD Bila-Bila Masa Boleh ‘Meletop’!

459

Menyambung dagangan di awal minggu ini, pelabur masih meletakkan kewaspadaan yang tinggi berikutan kebimbangan terus melanda pasaran susulan krisis keruntuhan bank berlaku di peringkat global.

Walaupun sedikit diredakan dengan tindakan dan pelan-pelan yang diumumkan oleh pihak-pihak tertentu, namun perasaan takut dan panik dalam pasaran masih berlegar-legar.

Credit Suisse dilaporkan telah dibeli oleh UBS dengan nilai $3.2 bilion dan langkah tersebut juga telah mendapat sokongan daripada pihak kerajaan untuk mengekalkan keyakinan pelabur.

Terbaru, dilaporkan pada awal minggu ini berkenaan pelan gabungan oleh beberapa bank-bank pusat utama termasuk Federal Reserve (Fed), European Central Bank (ECB) dan Swiss National Bank (SNB) dalam usaha untuk merancakkan aliran US dolar dalam sistem kewangan global.

Ketika panik dalam pasaran sedikit diredakan pada penghujung minggu lalu, mata wang US dolar dilihat bergerak lemah dan mata wang utama lain memanfaatkan peluang untuk mengukuh termasuk dolar Australia.

Jika diperhatikan pada carta harga pasangan AUD/USD minggu lalu, harga berjaya bangkit membuat kenaikan semula di penghujung minggu setelah pada mulanya mengalami penyusutan.

Setelah susut ke sekitar 0.66000, harga berjaya meningkat semula di atas paras 0.67000 pada sesi-sesi akhir minggu tersebut.

Dan menyambung dagangan di awal minggu ini pula, harga masih berlegar di sekitar 0.67000 dan berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam di carta AUD/USD.

Sekiranya corak kenaikan masih berjaya diteruskan lagi minggu ini, kenaikan harga dilihat akan menuju ke sekitar 0.67700 atau 0.68300 sebelum mencapai ke zon rintangan 0.69000.

Paras ketinggian terbaru akan terus dicatatkan jika situasi tidak berubah menyaksikan US dolar kekal bergerak lemah dalam pasaran.

Namun, sebarang kejutan boleh berlaku ketika dagangan menuju ke mesyuarat FOMC pada awal Khamis nanti.

Jika US dolar berjaya kukuh dan menekan harga turun semula, pelabur perlu bersedia memerhatikan petunjuk untuk perubahan trend.

Penurunan harga akan kembali menuju ke zon support utama pada 0.65700-0.65400 sebelum reaksi harga pada zon tersebut akan memberi isyarat pergerakan selanjutnya.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat