Pasaran Berisiko, EUR/JPY Terperosok Ke Paras Terendah 4 Minggu!

362

Perang sudah mula tercetus! Rusia sudah mulakan serangan ke atas Ukraine pada pagi ini.

Situasi getir itu telah memberi kesan terhadap pergerakan mata wang utama dalam pasaran dengan mata wang safe-haven seperti US dolar dan Yen ketara pamerkan pengukuhan.

Yen terus mendapat manfaat untuk mengukuh sehingga dagangan bersambung pada sesi Eropah petang ini berbanding kebanyakan mata wang utama lain dengan laporan-laporan perkembangan krisis Rusia-Ukraine dilihat semakin buruk.

Carta harga pasangan mata wang EUR/JPY sudah memaparkan penurunan ke paras terendah terbaru 4 minggu untuk meneruskan pergerakan trend bearish.

Pada dagangan Selasa dan Rabu semalam, harga dilihat menguji paras rintangan 130.700 pada zon SBR (support become resistance) tersebut sebelum krisis geopolitik mula dilaporkan semakin tegang sehingga awal pagi ini.

Justeru, Yen yang mula mengukuh sejak sesi New York semalam telah menekan harga pada carta EUR/JPY ke bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sehingga dagangan penghujung sesi ke paras sekitar 130.00.

Namun, perkembangan krisis semakin kritikal pada pagi ini dan serangan yang dimulakan oleh Rusia terus mencetuskan panik dalam pasaran.

Harga menyambung lagi penurunan dengan ketara sejak sesi Asia pagi ini bersambung ke awal sesi Eropah.

Penurunan harga melepasi paras sokongan pada 129.400 dan meneruskan penurunan lanjut menyentuh paras 128.350 setakat jam 3 petang waktu tempatan.

Penurunan lebih rendah dijangka akan berlaku bersambung pada sesi New York dengan sasaran harga untuk menguji zon support pada 127.400.

Namun jika kenaikan harga berlaku, zon 129.400 akan menjadi rintangan awal buat harga sebelum kenaikan yang diteruskan akan menuju pula ke zon 130.700 yang diuji semalam.

Namun kenaikan harga agak sukar untuk berlaku dengan suasana perang yang sedang tercetus buat masa ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat