Pasaran Bon Kacau Bilau Angkara Kejutan Kadar Faedah!

149

Bon global merosot selepas dua kenaikan kadar faedah yang mengejut minggu ini sekali gus menyedarkan pelabur bahawa bank pusat masih belum selesai memerangi inflasi.

Ini diperlihatkan pada lonjakan hasil bon jangka pendek yang menghampiri paras tertinggi sejak Mac, selain turut menyaksikan hasil bon 3 tahun Australia melonjak ke paras terkukuh sejak 2011.

Pelabur kembali melepaskan pegangan bon selepas Bank of Canada (BOC) menyertai Reserve Bank of Australia (RBA) mengejutkan pasaran dengan meningkatkan kadar faedah pada hari Rabu.

Langkah tidak dijangka itu membuatkan pelabur menilai semula jangkaan untuk pemotongan kadar faedah Federal Reserve (Fed) pada akhir tahun ini berikutan perjuangan menentang inflasi yang belum tamat.

Pada sesi Asia, hasil bon AS 10 tahun sedikit berubah pada sekitar paras tertinggi lebih satu minggunya pada 3.79% selepas melonjak kira-kira 10 mata asas minggu ini.

Keputusan BOC dan RBA minggu ini bagaimanapun dilihat tidak memberi impak ketara kepada jangkaan pelabur terhadap mesyuarat Fed minggu depan.

Namun, tidak mustahil jika bank pusat itu mengalami tindakan yang sama memandangkan inflasi Amerika Syarikat masih tinggi walaupun data menunjukkan penurunan.

Pelabur akan melihat satu lagi data inflasi yang akan dikeluarkan pada Selasa depan untuk menentukan jangkaan seterusnya terhadap pendekatan dasar Fed.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat