Pasaran Cenderung Beri Perhatian Pada Dolar Kanada – Ini Sebabnya!

680

Matawang dolar Kanada catat pengukuhan lebih tinggi berbanding US dolar pada hari Jumaat berikutan data domestik menunjukkan bacaan yang positif lebih dari jangkaan dalam jualan runcit pada bulan September.

Jualan runcit Kanada meningkat sebanyak 1.1% pada bulan September dimana jualan barangan am catat jualan yang lebih tinggi. Peningkatan 1.1% jauh mengatasi jangkaan para pakar ekonomi yang hanya mensasarkan peningkatan 0.2%.

Matawang dolar Kanada mengukuh 0.2% kepada 1.3050 setiap dolar setakat jam 10.45 p.m. Matawang Kanada telah mengukuh 0.6% sejak awal minggu ini.

Kanada juga berdepan dengan cabaran peningkatan kes Covid-19 dimana kes jangkitan positif boleh meningkat kepada 60,000 pada akhir tahun.

Walaubagaimanapun, agensi penarafan Moody, telah memberi penarafan AAA dengan mengatakan bahawa risiko kemorosotan jangka panjang terhadap kekuatan ekonomi dan fiskal Kanada dari krisis Covid-19 adalah rendah.

US dolar pula memberi reaksi terhadap perkembangan langkah rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) selepas rundingan tertangguh sebelum pilihan raya Presiden lagi. Pemimpin Majoriti Senat bakal meneruskan kembali rundingan bersama Demokrat. Namun, turut menjadi kebimbangan apabila Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin menyatakan bahawa bantuan pinjaman kecemasan CARES tidak akan dilanjutkan.

Hal ini menyebabkan pergerakan US dolar tidak menentu. Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama catat sedikit penyusutkan sebanyak 0.01% kepada paras tukaran 92.87.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat