Pasaran DeFi Merosot Namun Pengguna Aktifnya Meningkat Pada 2Q

370

‘Lagi-lagi berita buruk dari pasaran digital, adakah tahun depan lebih teruk?’

Prestasi suku ke-2 2022 (2Q22) pasaran kewangan desentralisasi (DeFi) mengalami kemerosotan nilai modal sebanyak 74.6% namun jumlah pengguna aktif kekal tinggi.

Hujah tersebut dibentangkan dalam satu laporan keluaran pengagregat data kripto, CoinGecko dalam menjelaskan prestasi bersuku pasaran tersebut.

Perincian laporan menyaksikan permodalan pasaran DeFi merosot 74.6% pada $36 juta, turun dari $124 pada 2Q22 rentetan daripada keruntuhan Terra dan stablecoin TerraUSD Classic (ISTC).

Turut disenaraikan peningkatan kes eksplotasi DeFi seperti kejadian  Inverse Finance yang kehilangan $1.2 juta dan Rari dicuri $11 juta akibat digodam telah menyebabkan nilai pasaran tersebut merosot.

Sungguhpun mengalami kemerosotsan, jumlah pengguna aktif harian industri DeFi mencatat peningkatan 34.5% iaitu antara 50,000 ke 30,000 pada 2Q.

Ulas laporan tersebut, antara bulan yang mencatat lonjakan pengguna aktif harian tertinggi adalah pada Mei dan Jun.

Ketika Mei lalu, kebanyakan pengguna difahamkan telah berpindah ke Curve Finance dan Uniswap rentetan penjualan Terra dan USTC serta isu kewangan yang dihadapi oleh platform pinjaman kripto, Celsius pada Jun.

Selain itu, volum dagangan non-fungible token (NFT) 2Q juga mengalami penyusutan dengan nilainya jatuh 26.2% dari puncak Jun 2021 pada $7.6 bilion.

Kemudian pada Jun 2022, pasaran NFT mencapai volum dagangan terendahnya dalam 12 bulan iaitu pada $830 juta ekoran kejatuhan harga lantai aset digital.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat