Pasaran Ekuiti Tunggang-Langgang Ekoran Beberapa Faktor

185

Kebimbangan mengenai kenaikan kadar faedah serta keadaan ekonomi China yang memuncak semula telah membuatkan pasaran ekuiti Eropah menyusut ke paras terendah 1 bulan.

Indeks STOXX 600 Eropah turun 1.8%, paras terendah sejak pertengahan Mac manakala saham komoditi susut 6% disebalik kebimbangan global membayangi kelegaan daripada keputusan pilihan raya Presiden Perancis, yang menyaksikan Emmanuel Macron mengatasi pencabar sayap kanan Marine Le Pen untuk mengekalkan jawatannya.

Terang Ketua Pegawai Pelaburan Morgan Stanley, Lisa Shale, lantunan saham daripada pembetulan suku pertama telah memecah tembok kenaikan kadar faedah jangka panjang.

Tambahnya lagi, jangkaan Federal Reserve (Fed) untuk mengurangkan kunci kira-kira akan membuatkan hasil sebenar menghampiri sifar dari wilayah negatif.

Penanda aras MSCI pasaran ekuiti global jatuh 0.41% pada 668.85 sementara saham pasaran membangun turun 2.61%.

Semalaman di Asia pula menyaksikan pasarannya mengalami prestasi terburuk dalam sebulan ekoran Beijing dikenakan sekatan Covid-19.

Sumber dari TV kerajaan China melaporkan bahawa penduduk Beijing diarahkan untuk tidak meninggalkan wilayah Chatoyat ekoran peningkatan kes Covid-19 di kawasan tersebut.

Sementara itu, Wall Street pula mengembalikan keuntungan dengan berita mengenai pembelian Twitter Inc oleh jutawan Elon Musk membuatkan Nasdaq melonjak.

Indeks purata Dow Jones Industrial naik 0.7% pada 34,049.49, S&P 500 capai 0.57% pada 4,296.12 dan Nasdaq Composite lonjak 1.29% pada 13,004.85.

Menurut seorang pelabur di Bright Trading LLC, Dennis Dick, berita mengenai Twitter telah memberi ‘lampu hijau’ untuk pelabur mula membeli beberapa saham yang berpotensi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat