Pasaran Kecewa, Bacaan Inflasi UK Di Luar Jangkaan!

290

Inflasi UK tanpa dijangka mencatatkan kemerosotan pada bulan Februari, diheret oleh penurunan harga pakaian, kereta terpakai dan permainan ketika negara itu masih di bawah langkah sekatan yag lebih ketat.

Indeks harga pengguna (CPI) tahunan merosot menjadi 0.4% pada Februari dari 0.7% yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, menurut data yang diterbitkan Pejabat Statistik Negara (ONS).

Sementara inflasi teras tahunan (tidak termasuk harga tenaga, makanan dan minuman), juga mencatatkan penurunan kepada 0.9% daripada 1.4% pada bulan sebelumnya.

Bacaan mengecewakan ini mungkin akan menimbulkan persoalan mengenai seberapa cepat inflasi akan mencapai sasaran bank pusat.

Bank of England (BOE) sebelum ini menjangkakan kadar inflasi UK akan meningkat mendekati sasarannya 2% pada akhir tahun ini berikutan harga tenaga yang lebih tinggi dan sektor perkhidmatan yang meningkat ketika ekonomi dibuka semula.

Ramalan ini memberi kesan kepada perdebatan mengenai bila BOE akan menarik semula pelonggarannya untuk ekonomi. Inflasi kekal di bawah sasaran 2% bank pusat selama 1 setengah tahun.

Matawang pound menjunam ke paras terendah enam minggu, dan diperdagangkan di sekitar harga 1.36800 berbanding US dolar pada sesi Eropah selepas penerbitan data inflasi UK, selain turut terkesan dengan pengukuhan greenback.

Satu lagi data tumpuan pasaran iaitu laporan PMI pembuatan dan perkhidmatan UK dan Zon Eropah akan diterbitkan pada petang ini. Sekiranya bacaan yang dicatatkan lemah, dagangan pound boleh jatuh lebih rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat