Pasaran Kembali Tenang, Apa Trader Perlu Tahu Buat Masa Ini?

490

Ketidaktentuan terus menghiasi pasaran pada Rabu dengan memperlihatkan pergerakan mata wang berlegar di sekitar harga yang sama berikutan kewaspadaan pelabur terhadap isu Rusia dan Ukraine.

Pada sesi Eropah sebelum ini, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengatakan beliau percaya bahawa tidak akan berlaku peperangan mahupun peningkatan ketegangan yang meluas. Kenyataan ini dilihat menyokong penyataan yang dikeluarkan Kremlin bahawa Rusia bersedia untuk rundingan atau diplomasi.

Kenyataan ini membawa sedikit keredaan dalam pasaran yang menyebabkan dagangan safe-haven mengurangkan keuntungannya dan kebanyakan mata wang utama pula kembali didagangkan stabil.

Bagaimanapun, beberapa langkah sekatan terbaharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan Eropah ke atas Rusia menyebabkan pergerakan pasaran terbatas.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan sedikit susut di sekitar 96.00 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Sementara itu, mata wang euro diperdagangkan stabil berbanding USD dengan sokongan bacaan data indeks iklim perniagaan Ifo Jerman yang menunjukkan pengukuhan dalam keyakinan perniagaan di ekonomi terbesar Zon Eropah.

Mata wang poud pula kembali memulihkan kerugian yang dicatatkan pada sesi sebelum ini setelah Timbalan Gabenor Bank Pusat England (BOE), Dave Ramsden memberi isyarat untuk lebih banyak pengetatan akan datang.

Namun begitu, beliau berpandangan bahawa hanya kenaikan kadar faedah yang ‘sederhana’ akan dibuat pada bulan-bulan seterusnya, tidak seperti yang diharapkan oleh pasaran untuk melihat BOE lebih agresif dalam memerangi inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat