Pasaran Kembali Tenang, USD Teruskan Momentum Pengukuhan

628

Pasaran hari ini kembali tenang apabila Amerika Syarikat dan Iran tidak menunjukkan sebarang tanda untuk meneruskan pertikaian ini meskipun terdapat beberapa roket Katyusha didapati telah dibedil dan terjatuh dalam kawasan Green Zone yang menempatkan kedutaan A.S pagi tadi.

Ucapan Presiden A.S Donald Trump yang tidak ingin membalas serangan, sebaliknya mengenakan sekatan ekonomi tambahan ke atas Iran sedikit sebanyak telah melegakan pasaran.

Dagangan US dolar kembali menunjukkan pengukuhan berbanding matawang yen berikutan kebimbangan ketegangan di Timur Tengah yang semakin berkurangan menyebabkan permintaan terhadap aset safe-haven merosot.

Pengukuhan US dolar juga turut disokong oleh bacaan data pekerjaan ADP NFP A.S yang menunjukkan jumlah pekerja sektor swasta bagi bulan Disember bertambah sebanyak 202,000 pekerjaan berbanding pada November. Ini telah menguatkan lagi jangkaan peningkatan terhadap laporan NFP A.S yang akan diterbitkan malam esok.

Dolar euro pula diniagakan lemah berbanding US dolar ekoran beberapa data ekonomi zon Eropah yang bercampur-campur. Data pengeluaran perindustrian Jerman bagi bulan November mencatat bacaan yang lebih baik daripada bulan sebelumnya manakala data lebihan perdagangan pula menunjukkan penurunan yang lebih rendah daripada jangkaan.

Walaupun terdapat lonjakan dalam bacaan pengeluaran perindustrian di Jerman, iaitu kenaikan terbesar dalam tempoh 1 setengah tahun, tetapi ia tidak cukup untuk mempengaruhi pergerakan dolar euro.

Turut menjadi perhatian adalah ucapan daripada beberapa pegawai Federal Reserve A.S dan Gabenor Bank Pusat Canada (BOC) serta Mark Carney, Gabenor Bank Pusat England (BOE) pada hari ini.

Matawang pound didagangkan merosot dengan isu pelanjutan tempoh peralihan Brexit masih menjadi keraguan utama. Pemimpin-pemimpin EU terus menyuarakan ketidakyakinan mereka terhadap perjanjian perdagangan baru dengan UK yang dilihat mustahil untuk dicapai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat