Pasaran Kian Celaru, Pelabur Tambah Waspada Menjelang Cuti Perayaan CNY

372

Pelabur semakin mengurangkan risiko dagangan menjelang cuti perayaan Tahun Baru Cina yang semakin hampir.

Pergerakan pasaran kekal tidak menentu, namun US dolar dilihat masih bergerak suram dengan jangkaan majoriti pakar ekonomi berdasarkan tinjauan Reuters untuk Federal Reserve (Fed) memperlahankan pengetatan dasar monetari.

Namun sepanjang dagangan minggu ini, sesekali US dolar dilihat kembali mengukuh seketika ekoran beberapa pegawai Fed yang masih berpandangan bank pusat masih perlu meneruskan pengetatan dasarnya.

Kenyataan terbaru yang diteliti pelabur, Timbalan Pengerusi Fed Lael Brainard menyatakan inflasi masih lagi tinggi dan dasar perlu diperketatkan untuk memastikan inflasi capai sasaran 2%.

Sementara, Presiden Fed New York John Williams berpendapat, destinasi adalah lebih penting berbanding kelajuan, yang akan menjadi kunci kepada persoalan kenaikan kadar.

Ucapan dari Presiden Fed Philadelphia Patrick Harker dan Gabenor Christopher Waller akan diberi tumpuan seterusnya menjelang debaran menuju mesyuarat polisi di awal Februari nanti.

Sentimen pasaran sedikit dipulihkan dengan laporan lonjakan pelanggan syarikat penstriman gergasi Amerika Syarikat (AS) iaitu Netflix yang mencatatkan 230 juta pelanggan global pada penghujung 2022, mengatasi ramalan pasaran.

Namun, kebimbangan terhadap risiko kemelesetan global masih lagi belum hilang setelah data-data ekonomi AS mencatatkan bacaan yang buruk.

Sementara dagangan komoditi seperti emas dan minyak mentah lebih positif meningkat di penghujung minggu ekoran jangkaan Fed yang akan memperlahankan pengetatan dasar monetari.

Mata wang utama yang lain dalam pasaran suram dan mendatar di penghujung minggu, namun masih berpeluang untuk meraih peningkatan jika US dolar lebih jelas memaparkan penyusutannnya.

Waspada pergerakan harga yang dijangka tidak menentu pada sesi-sesi akhir minggu ini sebelum pasaran berehat sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat