Pasaran Kripto Di China Semakin Meresahkan, Ini Situasi Yang Sedang Berlaku!

1,977

Perkembangan terbaru dalam larangan kripto di China menunjukkan bahawa lebih dari 20 syarikat pertukaran kripto telah menghentikan perkhidmatan untuk pengguna China diikuti dengan pengunduran dari pasaran China. Perkara ini dilaporkan oleh berita tempatan di China.

People’s Bank of China (PBoC) telah mengemas kini garis panduan larangan kripto pada akhir bulan yang menyebabkan banyak syarikat kripto mula menghentikan operasi untuk mencegah konfrontasi peraturan selanjutnya. Garis panduan terbaru ini lebih ketat sehingga merangkumi aspek terkecil yang dikaitkan dengan kripto.

Garis panduan dari bank pusat China ini sepenuhnya ingin mengeluarkan pasaran kripto “haram” dan “sangat spekulatif” terutama terkait dengan perlombongan kripto, perdagangan kripto dan penawaran perkhidmatan dari pertukaran kripto luar kepada pelanggan China.

Terbaru bursa pertukaran kripto terbesar, Houbi mengisytiharkan penangguhan pembukaan akaun baru dan menutup pendaftaran akaun baru untuk pengguna China. Huobi telah mengumumkan akan menutup akaun sedia ada pengguna pada 31 Disember 2021.

Seiring bergeraknya waktu, lebih banya bursa pertukaran kripto mengikut jejak langkah Houbi. Sebahagian pihak memberi pandangan bahawa ini adalah langkah awal bagi memberi laluan kepada CBDC yuan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat