Pasaran Kripto Digegarkan Memecoin Terbaru CAPO!

221

“Asyik ada keluar yang baru je, boleh percaya ke ni?”

Musimnya yang kian berkembang telah menyebabkan CAPO muncul sebagai memecoin terbaharu bagi menarik perhatian pelabur selepas dilancarkan di BNB Chain untuk memanfaatkan yuran rendah.

Selepas pelancaran tersebut, modal pasaran CAPO berjaya mencecah $35 juta manakala volum dagangannya pula melonjak lebih $30 juta dalam masa kurang dari tiga hari dan pemegang memcoin itu secara keseluruhannya berjumlah 12,000.

Suka dimaklumkan salah satu sebab CAPO menemui kejayaan adalah sokongan diterima daripada influencer kripto seperti Davinci, Moon Carl, Evan Luthra dan Eunice Wong yang telah mempromosikan projek itu secara terbuka dan bantu tingkatkan kredibiliti dalam kalangan peminat memecoin.

Dalam pada itu, komunitinya yang sangat kuat turut menjadi antara punca CAPO dapat menonjolkan potensinya untuk terus berkembang maju dalam komunti kripto.

Selain PancakeSwap, CAPO juga telah disenaraikan di beberapa bursa centralized seperti MEXC, Poloniex, Bitget dan AscendEX susulan permintaan pengguna melalui volumnya baru-baru ini secara berterusan meningkat.

Secara konteks, CAPO ialah memecoin baharu dicipta  oleh “Butcher” yang diilhamkan daripada pengguna akaun Twitter dikenali sebagai ll Capo of Crypto yang diiktiraf kerana strategi dagangan didedahkannya.

Walaupun CAPO diilhamkan oleh akaun tersebut, memecoin itu secara pantas mengukuhkan prestasinya dengan rancangan yang teratur agar ramai pelabur lebih tertarik untuk membelinya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat