Pasaran Kripto Dikritik – ECB Lagarde Kembali Tegaskan Pandangan Terkini!

831

Presiden Bank Pusat Eropah Christine Lagarde pada hari ini telah mengeluarkan kenyataan provaksi mengenai pasaran kripto. Beliau secara amnya mengatakan bahawa mata wang kripto tidak bernilai ‘sesen’ pun.

Lagarde dalam salah satu temu bual dengan rancangan bual bicara Belanda “College Tour” yang disiarkan menyatakan bahawa “penilaian beliau yang ‘tidak seberapa’ ini berpendapat bahawa mata wang kripto ini tidak bernilai apa-apa”. Di tambah pula, ia tidak berdasarkan apa-apa dan tiada aset asas untuk bertindak sebagai sauh keselamatan.

Lagarde menyeru penggubal dasar global untuk menggubal peraturan yang menyeluruh bagi melindungi para pelabur terutama mereka yang masih baru dalam pasaran. Pasaran mata wang kripto telah berhadapan beberapa episod kejatuhan sehingga menyebabkan bitcoin yang merupakan mata wang kripto terbesar telah memadamkan lebih separuh daripada nilainya sejak paras tertinggi sepanjang masa November.

Lagarde menegaskan bahawa beliau bimbang jika orang ramai salah faham dalam memahami risiko malah terkadang melihatnya sebagai peluang untuk menggandakan ganjaran. Ini menyebabkan ramai pelabur baru terjerat dan disini pentingnya pengawalseliaan.

Kesangsian bekas ketua Tabung Kewangan Antarabangsa terhadap kripto bukanlah perkara baru. Beliau sebelum ini juga membangkitkan kebimbangan terhadap alam sekitar yang kesan dari mata wang kripto, serta potensi penggunaannya dalam pengubahan wang haram dan mengelak sekatan.

Komen terbaharu beliau hadir ketika para penggubal cuba untuk melakukan penelitian lebih dalam sebagai tindak balas terhadap kejatuhan daripada kejatuhan terraUSD. Satu kontroversi yang berlaku sehingga mencalarkan sentimen terhadap stablecoin yang tujuannya ditambat 1:1 pada US dolar.

Beberapa bank pusat sedang mengusahakan CBDC sebagai alternatif kepada stablecoin, ECB adalah salah satu daripadanya. Euro digital akan “sangat berbeza” daripada mata wang kripto swasta, kata Lagarde.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat