Pasaran Kripto ‘Membimbangkan’, Halatuju BTC Selepas Gagal Pertahankan $30k Jadi Tanda Tanya!

936

Sentimen terhadap Bitcoin (BTC) dan pasaran kripto dilihat berada pada tahap paling rendah sejak kejatuhan COVID-19 pada 2020 berdasarkan dapatan data terkini.

Harga Bitcoin (BTC) telah merosot hampir 60% daripada rekod tertinggi pada bulan November, dan kini sedang bergelut untuk kekal melebihi $30,000. Jumlah permodalan pasaran juga turun lebih $500 bilion pada bulan ini kepada $1.3 trilion.

Dalam beberapa minggu ini, dapat dilihat bahawa berlakunya turun naik harga Bitcoin pada paras harga $30,000. Dalam tempoh 24 jam, ethereum merosot di bawah $2,000, manakala Cardano, Solana, dan Avalanche berada dalam kedudukan yang rendah.

Selepas dagangan mendatar minggu lepas,BTC kekal terperangkap pada paras $30,000. Mata wang kripto menjadi tenang pada hujung minggu di paras tersebut. Walau bagaimanapun, kerana ia telah berlaku berkali-kali dalam dua minggu yang lalu, BTC akhirnya gagal untuk menawan paras $30,000.

Kejatuhan baru-baru ini dicetuskan oleh dua faktor utama- kebimbangan terhadap kenaikan inflasi, dan rancangan oleh Rizab Persekutuan untuk menaikkan kadar faedah pada tahun ini. Memandangkan kedua-dua faktor masih memainkan peranan, sentimen pelabur dilihat amat rendah untuk pasaran kripto.

Data daripada firma data blockchain Santiment menunjukkan bahawa sentimen terhadap BTC dan pasaran kripto ini telah merosot ke paras terendah sejak penjualan mendadak pada permulaan krisis COVID-19 pada 2020.

Kejatuhan pasaran yang dialami pada tahun 2020 telah menyaksikan BTC merosot di bawah $6000 dan telah menimbulkan persoalan besar mengenai masa hadpaan BTC dan kripto. Namun begitu, BTC dan kripto mula melakukan pemulihan dan akhirnya berjaya mencecah rekod tertinggi.

Atas dasar itu, Santiment percaya bahawa senario serupa ada kebarangkalian berlaku untuk BTC namun memerlukan catalyst yang mampu mendorong lonjakan harga.

Penganalisis masih  belum memiliki pandangan yang konkrit mengenai paras terendah BTC boleh gapai dalam pasaran yang berisiko. Menurut sebahagian daripada mereka percaya bahawa faktor disebalik kejatuhan pasaran pada 2022 masih memainkan peranan, justeru itu memiliki kebarangkalian untuk harga BTC dan kripto untuk jatuh lebih lanjut.

Presiden El Salvador Nayib Bukele, yang membeli BTC pada harga terendah $30,000, sudah pun memegang token itu dengan kerugian. BTC telah mencatatkan rekod kerugian lapan minggu berturut-turut, dan dilihat pola ini akan beterusan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat