Pasaran Kripto Sekali Lagi Buatkan Robinhood ‘Terciduk’

4,183

Pada hari ini platform perdagangan Robinhood telah berhadapan dengan gangguan teknikal ekoran daripada permintaan yang terlalu tinggi terhadap matawang kripto, satu insiden yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Perdagangan kripto dilihat gagal diakses bermula pada jam 10 pagi akhirnya dapat diselesaikan dua jam kemudian. Dipercayai ia berpunca dengan permintaan yang terlalu tinggi terhadap pasaran kripto terutama Dogecoin (DOGE) yang melonjak menghampiri $0.30.

Sejak dari minggu lepas lagi pasaran kripto menyaksikan beberapa pergerakan positif seperti Bitcoin (BTC) yang berjaya menembusi paras $64,000. Malah, penyenaraian Coinbase di Nasdaq juga turut mendorong kepada lonjakan tinggi terhadap pasaran tersebut.

Sementara DOGE seperti biasa tampil garang selepas pengasas Tesla, Elon Musk memuat naik tweet berkaitan matawang shiba inu itu hingga menyebabkan lonjakan lebih 100% dalam 24 jam.

Sebelum ini Robinhood telah menyekat perdagangan DOGE di platform itu dengan alasan ‘mengganggu pergerakan pasaran’. Tindakan itu telah mengundang kritikan dari kalangan pelabur kripto yang menganggap Robinhood tidak mahu penggunanya berdagang ke atas aset yang melonjak tinggi.

Robinhood juga pada hari ini telah mengumumkan keputusan Massachusetts Securities Division membatalkan lesennya di daerah tersebut. Penarikan lesen itu akan menyebabkan firma tersebut gagal membuka perkhidmatan kepada penggunanya di Massachusetts.

Ekoran daripada itu, Robinhood telah menfailkan aduan dan mengemukakan perintah awal untuk menghentikan perubahan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat