Pasaran Masih Dalam Risiko, AUD/USD Terjun 200 Pips Minggu Lalu

231

Krisis peperangan antara Rusia dan Ukraine dilaporkan telah memasuki hari ke-46, namun masih belum terdapat petanda yang jelas untuk ketegangan mereda atau persetujuan untuk gencatan senjatan dalam rundingan.

Negara barat juga tidak berehat untuk memberi tekanan terhadap Rusia dengan meningkatkan sekatan seperti laporan Amerika Syarikat (AS) menyekat pelaburan Rusia pada minggu lalu.

Perkembangan semasa masih memberi isyarat sentimen pasaran yang berisiko dan membuatkan pelabur kekal waspada terhadap pergerakan bagi mata wang sensitif pasaran.

Seperti dolar Australia yang memaparkan penyusutan pada dagangan minggu lalu, US dolar pula mendapat kelebihan untuk mengukuh.

Pengukuhan US dolar bakal dijangkakan berterusan dengan ramalan peningkatan kadar inflasi AS pada data yang bakal diterbitkan pada minggu ini.

Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, dapat diperhatikan harga membuat lonjakan pada awal minggu lalu, sebelum harga susut lebih rendah di penghujung minggu.

Paras ketinggian dicapai adalah pada rintangan 0.76500 sebelum penurunan harga kemudiannya mencecah sehingga zon sokongan harga pada 0.74400.

Sehingga penghujung minggu, harga kekal berikan isyarat untuk pergerakan pada trend bearish apabila bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Paras sokongan 0.74400 yang berada pada zon RBS (resistance become support) itu turut diuji pada dagangan sesi Asia hari ini (Isnin) sebelum meningkat sedikit di penghujung sesi.

Penurunan lebih rendah bakal dijangkakan untuk harga meneruskan trend bearish dengan menjadikan beberapa paras terbaru sebagai sasaran seterusnya.

Antaranya adalah pada sekitar zon 0.73700 atau lebih rendah lagi berkemungkinan mencecah sehingga zon 0.72800.

Namun jika harga berjaya melonjak membuat kenaikan dari zon RBS 0.74400 tersebut, zon rintangan yang menjadi tumpuan untuk diuji adalah pada 0.75500 selepas kenaikan melepasi halangan MA50 memberi isyarat untuk perubahan trend bullish.

Jika kenaikan lebih tinggi diteruskan, zon rintangan pada ketinggian 0.76500 yang dicapai pada minggu lalu akan kembali menjadi tumpuan harga.

Pelabur Aussie bakal memberi tumpuan terhadap laporan data pekerjaan Australia yang akan diterbitkan pada minggu ini.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat