Pasaran Masih ‘Hype’ Dengan Vaksin, Rugilah Kalau Tak Trade

715

Dolar greenback susut lebih rendah ketika berita mengenai vaksin Covid-19 oleh Moderna terus menyokong dagangan matawang utama untuk meningkat tinggi pada permulaan sesi Eropah.

Pembuat vaksin Moderna, menjadi syarikat farmaseutikal kedua Amerika Syarikat yang melaporkan keputusan positif daripada percubaan ke atas vaksin Covid-19 yang dikembangkan dengan keberkesanan lebih 94%.

Walaupun keterujaan terhadap vaksin mungkin hanya sementara, namun pelabur mengambil kesempatan ini untuk beralih kepada matawang berisiko ketika pasaran masih dibebankan oleh kekhuatiran terhadap ketidakpastian yang dicetuskan oleh peningkatan berterusan kes Covid-19 di seluruh dunia.

Dolar Aussie menokok lebih tinggi pada sesi Eropah menuju ke paras ketinggian 2 bulan berbanding USD setelah turut disokong oleh prospek bahawa bank pusat Australia tidak akan melaksanakan kadar negatif dalam laporan minit mesyuarat yang diterbitkan pagi tadi.

Sementara dolar New Zealand terus didagangkan menguat setelah menyentuh tahap tertinggi 2 tahun pada sesi Asia, disokong oleh pelabur yang menyambut baik perkembangan positif vaksin coronavirus.

Pound sterling turut mengekalkan momentum pengukuhan didorong oleh keyakinan pasaran susulan laporan media yang mengatakan UK akan mencapai perjanjian perdagangan pasca-Brexit dengan Kesatuan Eropah (EU) secepatnya pada awal minggu depan.

Dalam pada itu, matawang euro juga meraih keuntungan daripada kemerosotan US dolar dengan didagangkan di sekitar harga 1.1860.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat