Pasaran Matawang Tenang Menanti ‘Ombak Besar’ FOMC

802

Raja matawang US dolar terus bergerak tenang menjelang penerbitan data pekerjaan ADP sektor swasta AS dan pengumuman dasar FOMC yang akan menggegarkan pasaran pada sesi New York.

Berbanding kebanyakan matawang utama, indeks dolar diniagakan berlegar pada sekitar harga 94.00 ketika sesi Eropah.

Federal Reserve (Fed) dijangka akan mengumumkan pengurangan program pembelian aset bulananya yang bernilai $120 bilion.

Pelabur akan memberi tumpuan kepada petunjuk mengenai kenaikan kadar faedah atau pandangan terbaru Pengerusi Jerome Powell mengenai tahap inflasi semasa.

Sebelum itu, pengeluaran data pekerjaan ADP akan diberi perhatian terlebih dahulu sebagai petunjuk kepada laporan NFP yang akan diterbitkan pada hari Jumaat.

Mengikuti perkembangan matawang Eropah, matawang pound bergerak lemah di sekitar paras terendah tiga minggu berbanding US dolar berikutan kewaspadaan pelabur menanti mesyuarat polisi FOMC dan Bank Pusat England (BOE).

Walaupun pasaran menjangkakan secara meluas BOE akan mengumumkan kenaikan kadar pada hari Khamis, tetapi terdapat juga ketidakpastian bahawa bank pusat akan menangguhkannya.

Matawang euro pula sedikit meningkat, tetapi masih didagangkan di sekitar paras terendah satu minggu berbanding USD.

Sementara itu, dolar kiwi mencatat peningkatan sederhana selepas laporan pekerjaan terbaru menunjukkan kadar pengangguran New Zealand jatuh ke tahap terendah dalam tempoh 14 tahun pada suku ketiga.

Ini telah memberi sokongan buat matawang itu untuk meningkat di tengah kewaspadaan pelabur. Dolar Aussie pula terus melemah susulan kekecewaan daripada keputusan dovish Bank Pusat Australia (RBA) pada Selasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat