Pasaran Menarik Nafas Lega! Data NFP Bulan Februari Kukuh Di Luar Jangkaan!

756

Ekonomi A.S dilaporkan mencipta lebih banyak pekerjaan pada bulan Februari daripada yang dijangkakan, meningkat semula selepas impak daripada gelombang penularan varian Covid-19.

Jabatan Buruh melaporkan sebanyak 678,000 bilangan pekerjaan kerajaan telah ditambah pada bulan Februari, hampir 70% lebih tinggi daripada unjuran para pakar yang mensasarkan hanya sebanyak pertambahan 400,000 pekerjaan. Kadar pengangguran turun kepada 3.8% daripada bacaan 4%.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan gaji dilaporkan berkurangan, dan ini mengurangkan tekanan ke atas Rizab Persekutuan untuk mengetatkan dasar monetari. Purata pertumbuhan pendapatan setiap jam bertumbuh perlahan kepada 5.1% pada tahun tersebut, jatuh daripada bacaan 5.5% yang dicatat pada bulan Januari.

Menurut pakar ekonomi, Glassdoor Daniel Zhao laporan hari ini memberikan jaminan bahawa pemulihan pasaran pekerjaan kekal kukuh. Zhao menyatakan bahawa pertambahan pekerjaan didorong oleh pertambahan dalam sektor perkhidmatan profesional dan perniagaan, serta dalam pengangkutan dan pergudangan.

Angka-angka itu berkemungkinan mengukuhkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah akhir bulan ini dan juga mengesahkan kenyataan Pengerusi the Fed Jerome Powell yang mengatakan bahawa pasaran buruh AS dan ekonomi secara amnya cukup kukuh.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat