Pasaran Minyak Mentah Goyah, Pelabur Mula Meragui Komitmen OPEC+

383

Pasaran minyak mentah sedikit goyah dalam suasana pasaran yang agak perlahan pada hari ini berikutan laporan dagangan minyak mentah menurun lebih daripada kadar 1% untuk hari ini.

Minyak mentah masih lagi digerakkan oleh factor pengurangan bekalan oleh kumpulan negara pengeskport petroleum iaitu OPEC dan sekutunya yang dikenali sebagai OPEC+, dengan lanjutan sehingga tempoh sembilan bulan daripada pengeluaran masa kini.

Kenaikan tinggi harga minyak mentah adalah pada Jun lalu didorong oleh keputusan lanjutan pengurangan bekalan yang meningkatkan permintaan terhadap komoditi tersebut.

Namun, dapat dilihat pelabur mula berwaspada dan mengawal posisi dalam pasaran berdasarkan tindakan oleh OPEC+ yang tidak begitu meyakinkan pasaran bahawa isu lebihan bekalan minyak pada separuh tahun pertama 2019 tersebut akan diselesaikan pada tempoh separuh tahun kedua.

Justeru, pasaran minyak mentah memerlukan komitmen yang tinggi dalam tindakan pengeluaran bekalan oleh OPEC+ dalam usaha untuk membendung isu yang timbul dan dijangka pasaran minyak akan melalui fasa dagangan yang sukar sehingga penghujung tahun ini.

Menyentuh isu minyak mentah, matawang dolar Kanada adalah sangat sensitif dan memberi reaksi secara terus terhadap perubahan dalam pasaran berikutan faktor eksport minyak mentah adalah yang terbesar di Kanada.

Dagangan Loonie dilihat masih lagi stabil namun momentum lonjakan harga sebelum ini sudah mula perlahan dengan kewaspadaan pelabur yang memberi respon terhadap komitmen OPEC+.

Pelabur dagangan CAD juga berhati-hati menantikan laporan pekerjaan Kanada yang akan dikeluarkan bersama laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada jam 8.30 malam esok.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat