Pasaran Minyak Mentah Kini Masih Dilema Menunggu Data Kiraan Pelantar

97

Minyak mentah menurun dalam sesi Asia berikutan pengambilan untung selepas tiga hari mengaut keuntungan menjelang data kiraan pelantar minyak mentah di AS. Pasaran juga sedang menunggu pertemuan di antara Presiden Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping di Florida yang dikatakan bakal membawa kepentingan kepada isu perdagangan.

Di New York, crude futures bagi penghantaran Mei menurun sebanyak 0.34 peratus kepada $50.18 setong manakala Brent mentah menyusut 0.41 peratus kepada $52.91 setong.

Data pembuatan rasmi China meningkat sebanyak 51.8 selepas Jabatan Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) mengumumkan data tersebut pada Jumaat, mengalahkan tahap yang telah diramalkan sebanyak 51.6.

Buat masa ini, pasaran memberikan sepenuh tumpuan terhadap data kiraan pelantar oleh Baker Hughes yang akan diumumkan pada Jumaat. Data terakhir yang dikeluarkan sebelum ini menunjukkan peningkatan terhadap jumlah pelantar kepada 21 buah, iaitu peningkatan mingguan kesepuluh berturut-turut.

White House memberi kenyataan bahawa Trump dan isterinya, Melania akan menjadi tuan rumah kepada pertemuan di antara Xi dan isterinya, Peng Liyuan di Florida.

Semalam, harga minyak mentah ditutup dengan lebih tinggi apabila tempoh perjanjian berpotensi untuk dilanjutkan melebihi bulan Jun setelah mendengar komen bullish daripada Menteri Minyak Kuwait, Essam Al-Marzouq.

Sektor Pembuatan China Melonjak Ke Tahap Tertinggi dalam Tempoh 5 Tahun!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat