Sektor Pembuatan China Melonjak Ke Tahap Tertinggi dalam Tempoh 5 Tahun!

45

Aktiviti pembuatan China berkembang pada kadar terpantas dalam tempoh hampir 5 tahun pada bulan Mac. Dalam satu kajian rasmi yang ditunjukkan pada Jumaat, kekuatan data ini secara tidak langsung menambah bukti bahawa ekonomi kedua terbesar itu kembali mendapat momentum sejak awal tahun ini.

Indeks Pembelian Pengurus PMI meningkat kepada 51.8 pada bulan Mac berbanding bulan sebelumnya iaitu pada tahap 51.6. angka ini juga ‘terbang’ lebih tinggi berbanding tahap 50 mata yang memisahkan pertumbuhan daripada penguncupan pada setiap bulan.

Bacaan yang dikeluarkan melebihi 51.6 pada Februari itu merupakan bacaan yang tertinggi dicatat semenjak April 2012.

Sebelum ini, data-data positif yang dilaporkan dari China bergerak semakin perlahan walaupun Beijing telah menjalankan pelbagai langkah untuk mengekang asset-bubble di dalam pasaran hartanah yang semakin meningkatkan risiko.

Justeru, kejutan pemulihan terhadap data jualan rumah dan pelaburan infrastruktur yang lebih kukuh telah menambah dorongan baru kepada ledakan sektor pembinaan yang telah berlarutan sebelum ini dalam tempoh yang agak panjang.

Data keuntungan industri menunjukkan pendapatan gabungan meningkat hampir 32 peratus dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini berbanding tahun lalu. Lonjakan ini juga merupakan angka yang tertinggi dalam tempoh enam tahun.

Sesi Asia Memberi Ruang Untuk Yen Memantapkan Kedudukan

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat