Pasaran Minyak Mentah Punca USD/CAD Turun Lebih Rendah

293

Agak mengejutkan buat pelabur apabila pasaran minyak mentah mencatatkan peningkatan tahunan terbesar sejak tahun 2009.

Harga minyak dilaporkan jatuh 1% pada Jumaat di hari terakhir tahun 2021 ini namun telah merekodkan kenaikan tahunan terbesar dalam tempoh 12 tahun, didorong oleh penilaian pemulihan ekonomi global daripada penularan Covid-19.

Disebabkan faktor tersebut, mata wang dolar Kanada yang sensitif terhadap pasaran minyak telah pamerkan pengukuhan sejak Rabu lalu.

Pada carta harga pasangan mata wang USD/CAD, harga telah mula menunjukkan corak penurunan setelah beberapa hari bergerak mendatar di atas zon sokongan 1.27700.

Dagangan Khamis semalam memberikan isyarat bearish apabla harga mula bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sebelum meneruskan penurunan pada sesi New York melepasi zon 1.27700.

Bersambung pada dagangan Jumaat, harga menyambung penurunan pada sesi Asia mencatatkan paras terendah terbaru 2 minggu.

Setakat awal sesi Eropah, harga telah turun ke paras sekitar 1.27200 dengan jangkaan corak penurunan harga akan diteruskan ke paras lebih rendah.

Zon support utama yang dilihat akan menjadi tumpuan adalah pada 1.26000, namun momentum lebih kukuh diperlukan harga pada sesi berikutnya untuk mencecah ke zon tersebut pada penutupan dagangan 2021 ini.

Sekiranya harga kembali membuat kenaikan dan melepasi paras rintangan MA50, pelabur akan menilai sebagai isyarat untuk perubahan trend bullish harga.

Kenaikan harga akan menjadikan paras sekitar 1.29000 sebagai tumpuan dan seterusnya pada ketinggian 1.29600 yang dicapai pada minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat