Pasaran Minyak Terkejut! Junam Lebih Parah

676

Pasaran pada pembukaan sesi Eropah menyaksikan dagangan minyak mentah menjunam ke paras terendah hampir dua bulan susulan kenyataan pembuat vaksin Covid-19, Moderna meningkatkan semula kebimbangan terhadap varian baharu Omicron.

Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stephaben Bancel memberitahu bahawa vaksin Covid-19 mungkin kurang berkesan terhadap Omicron seperti mana ke atas varian virus lain sebelum ini.

Kedua-dua penanda aras terjun lebih 2% susulan laporan tersebut, yang melihatkan niaga hadapan minyak mentah merosot sekitar 2.5% kepada $71.62 setong. Sementara WTI Amerika Syarikat pula turun 2.3% kepada $68.34 setong.

Paras terendah $62 yang disentuh pada Ogos lalu, mungkin menjadi sasaran utama seterusnya buat dagangan komoditi hitam itu sekiranya kebimbangan ini berterusnya.

Jika vaksin sedia ada tidak berkesan untuk menangani penularan varian omicron, ia secara tidak langsung memperlihatkan prospek yang suram terhadap permintaan minyak mentah pada masa akan datang.

Minyak mentah telah menjunam sekitar 12% pada hari Jumaat bersama-sama dengan pasaran lain berikutan kebimbangan Omicron yang banyak bermutasi akan mencetuskan penutupan baharu dan menjejaskan pertumbuhan global dan menjejaskan permintaan minyak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat