Pasaran Minyak Terus Meningkat Dengan Kejatuhan Hasil Eksport Di Selatan Iraq

59

Pasaran minyak meneruskan peningkatan pada sesi dagangan hari Selasa, didorong oleh kejatuhan hasil eksport daripada selatan Iraq.

Eksport minyak daripada selatan Iraq jatuh sebanyak 110,000 tong sehari pada bulan ini berdasarkan sumber industri dan data penghantaran.

Selain itu, antara faktor yang menyebabkan penurunan di kawasan Kirkuk adalah selepas tentara Iraq berjaya merampas semula kawasan tersebut daripada pejuang Kurdish yang telah berada di sana sejak 2014.

Kejatuhan penghantaran minyak melalui utara Iraq telah menyokong kenaikan harga minyak beberapa hari lalu, namun kejatuhan eksport di kawasan selatan yang stabil sejak beberapa bulan yang lalu adalah sesuatu yang mengejutkan.

Harga minyak Brent bagi bulan Disember naik 4 sen kepada $57.41 setakat jam 10.15 pagi selepas jatuh 38 sen pada sesi yang lepas.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) pula naik 5 sen kepada %51.95 selepas naik 6 sen pada sesi yang lalu.

Eksport minyak mentah melalui saluran paip kawasan Kurdistan Iraq ke pangkalan Ceyhan Turki naik 13 peratus kepada 288,000 tong sehari (bdp) pada hari Isnin namun paras tersebut masih kurang setengah daripada tahap yang normal.

American Petroleum Institute (API) akan mengeluarkan data bekalan mingguan dengan jangkaan bekalan minyak mentah US akan jatuh 2.5 juta tong pada minggu lalu, manakala bekalan gasolin dan hasil sulingan juga dijangka menyusut 1.5 juta tong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat