Pasaran Mula Berhati-hati, Ini Komen Fed Bullard Yang Perlu Diketahui Pasaran!

746

Empat laporan inflasi yang kukuh secara berturut-turut, dari Oktober hingga Januari boleh membawa kepada kadar kenaikan kadar Rizab Persekutuan yang lebih pantas, kata presiden Fed St. Louis James Bullard pada hari Isnin, menyatakan semula gesaannya untuk 1 peratus kenaikan kadar menjelang 1 Julai.

“Empat ramalan terakhir yang diambil seiring telah menunjukkan inflasi semakin meningkat dan berkemungkinan akan terus berkembang di Amerika Syarikat. Justeru saya tidak mengubah apa-apa pandangan saya sebelum ini.” Kata Bullard.

Bullard pada minggu lalu telah mengesa kenaikan setengah mata peratusan pada mesyuarat the Fed bulan Mac nanti selepas laporan inflasi yang lebih kukuh daripada jangkaan pada Januari. Walaupun begitu beliau menyerahkan kepada Jerome Powell mengenai masa yang sesuai untuk kenaikan kadar.

Disamping itu beliau turut berpendapat bahawa dasar polisi mudah tidak semestinya akan memberi impak besar terhadap pasaran saham. “Saya benar-benar tidak melihat sebarang ancaman kepada pasaran pada ketika ini,” kata Bullard.

Ekonomi dijangka akan berkembang pada kadar tahunan 3.5%-4% tahun ini, dibantu, oleh pengurangan kesan penularan varian Omicron. Akhir sekali, beliau berkata bacaan CPI tahunan 7.5% pada bulan Januari adalah angka “yang tidak pernah dilihat oleh Alan Greenspan.”

Pasaran kini sedang bersedia menjelang mesyuarat the Fed pada bulan Mac dengan jangkaan bahawa the Fed akan mula menaikkan kadar faedah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat