Pasaran Mula Beri Reaksi Pada Pasaran Bon, Keteguhan ECB Tangani Inflasi Jadi Perhatian!

117

Hasil bon kerajaan zon Eropah melonjak naik pada hari Selasa apabila tumpuan pelabur tertumpu pada usaha bank pusat menentang inflasi, mendahului data harga pengguna AS yang boleh mengukuhkan jangkaan untuk prospek dasar Rizab Persekutuan.

Penggubal dasar Bank Pusat Eropah Joachim Nagel pada hari Selasa menyatakan dalam persidangan perbankan Jerman bahawa bank pusat tidak boleh berundur dalam melawan inflasi yang tinggi di zon Eropah dan kenaikan kadar yang besar adalah perlu.

Hasil bon 10 tahun Jerman, yang berfungsi sebagai penanda aras untuk rantau itu meningkat 3 mata asas pada hari ini pada 2.35%. ECB pada mesyuarat terakhirnya menaikkan kadar faedah sebanyak tiga perempat daripada mata peratusan kepada 1.5% dan sejak itu, beberapa pegawai tertinggi, termasuk Presiden Christine Lagarde, telah mengulangi komitmen bank pusat untuk menangani tekanan harga pengguna yang tinggi.

Di Eropah secara keseluruhan, inflasi pengguna berkembang pada kadar 10%.Data pada hari Selasa menunjukkan harga pengguna meningkat pada kadar 14.3% di Belanda pada bulan Oktober, sedikit lebih rendah berbanding bulan September, 14.5%,

Pasaran wang menunjukkan pelabur pada masa ini menjangkakan kadar ECB memuncak sekitar 3% pada akhir 2023, berbanding 1.5% sekarang. Ini telah meningkat daripada lebih dekat kepada 2.8% hanya seminggu yang lalu.

Sementara itu, tolok jangkaan inflasi jangka sederhana berasaskan pasaran bagi zon eropah meningkat kepada paras tertinggi enam bulan.

Data inflasi A.S yang bakal dikeluarkan pada hari Khamis dijangka menunjukkan kenaikan tahun ke tahun dalam indeks harga pengguna menyederhana kepada 8% pada bulan Oktober, daripada kadar 8.2% pada September.Manakala, inflasi teras yang tidak termasuk harga makanan dan tenaga, diramalkan meningkat kepada 6.5%, daripada 6.3% bulan sebelumnya.

The Fed minggu lalu menaikkan kadar faedah AS, yang pelabur jangkakan akan kekal lebih tinggi untuk lebih lama

Akhir sekali, berikutan bacaan inflasi, kadar 10 tahun Belanda meningkat 4 mata asas kepada 2.64%, manakala bon 10 tahun Itali menyaksikan hasil stabil sekitar 4.5%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat