Pasaran NFT Macam Dah Tak Bernyawa, Junam Sampai 60%!

292

Kejatuhan harga mata wang kripto dan permintaan tinggi aset digital spekulatif mencetuskan penurunan mendadak non-fungible token (NFT) pada suku tiga.

Difahamkan NFT merupakan sejenis aset berasaskan blockchain mewakili fail digital seperti imej, video atau item yang telah mula mengecap populariti pada 2021.

Namun begitu jumlah jualan pasaran NFT tetap merosot walaupun para pelabur kripto yang kaya bergegas membeli aset digital tersebut.

Buktinya, suku ketiga 2022 menyaksikan jualan NFT $3.4 bilion berbanding suku sebelumnya $8.4 bilion dan $12.5 bilion pada kemuncak pasaran suku pertama tahun itu.

Walaupun kemunculan baharu pasaran NFT memperoleh keuntungan banyak daripada pelabur yang membelinya pada 2021, keadaan ini telah berubah secara mendadak pada 2022.

Hal ini berikutan kerana peningkatan kadar bank pusat dapat mendorong pelabur menjual aset berisiko Bitcoin (BTC) yang kini didagangkan sekitar paras harga $19,000.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif OpenSea, NFT merupakan perkara unik kerana ia adalah persimpangan antara kemelesetan ekonomi serta kejatuhan pasaran kripto.

Tambahnya lagi syarikat tersebut adalah tempat terbaik dari segi kewangan dan teruja terhadap potensi NFT jangka panjang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat